Permohonan BPR 2021
Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan bpr 2021.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Maklumat BPR 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
o Permohonan secara dalam talian
o Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
o Borang Permohonan BPR 2021 Yang Boleh Dimuat turun
o Panduan Pengguna Pengisian Borang
o Soalan Lazim (FAQ)
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!