Gadis Muka Surat' Dayang Areeda dan Mustaqim Bahadon

Telefilem 'Gadis Muka Surat' Dayang Areeda dan Mustaqim Bahadon pada 8 Januari, Jumaat, pukul 9.30 malam di TV2.

SINOPSIS GADIS MUKA SURAT

Aina Sofea baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia masih dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya. Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu.  Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal.

Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha.

Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini.

Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha.

Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia. Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat.

Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini?


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini