Drama 21 episod Diva Popular Gandingan Ben Amir, Tiz Zaqyah, Nabila Huda akan siar di Awesome TV.
SINOPSIS DIVA POPULAR
Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut.
Manakala Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik.
Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan. Menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola Kartika dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.
Kekecohan yang dicetuskan Erma Erika dan Ika Natelia. Di mana pada suatu hari Ika Natelia tidak hadir dan digantikan dengan Erma Erika. Jadi, apabila Lola dapat tahu bertambah panas hubungannya dengan Datuk Rona. Apakah kesudahan kisah kekecohan mereka, jangan lupa menonton Drama Diva Popular yang akan bersiaran di Awesome TV.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”