Januari 18, 2021

Rahsia murah rezeki setiap hari dan didoakan malaikat, ayuh amalkan sedekah subuh

Rahsia murah rezeki setiap hari dan didoakan malaikat, ayuh amalkan sedekah subuh


TERDAPAT banyak amalan yang dituntut dalam islam dan antara amalan yang sering disebut-sebut dalam hadis dan Al-Quran adalah berkaitan sedekah. Tetapi tahukah anda ada satu masa dalam satu hari di mana sedekah sangat dituntut? Ia adalah waktu menjelang subuh yang mana turunnya dua malaikat yang mendoakan mereka yang bersedekah di waktu subuh dan yang tidak bersedekah. Terdapat hadis sahih yang menyokong barakah sedekah subuh iaitu:


  hadis-sedekah-subuh

Terkadang, kita lupa untuk istiqamah bersedekah kerana sibuk dengan urusan dunia sedangkan ia amalan yang sangat dituntut dan pahala sedekah merupakan salah satu amalan yang pahalanya terus mengalir walaupun selepas kita meninggal sesuai hadis:hadis-3-amalan-selepas-mati1. Ramai orang yang telah mengamalkan amalan sedekah subuh ini mengakui merasa nikmatnya. Moga kita tidak berlengah-lengah untuk memulakan sedekah subuh ini. Bagaimana caranya: Pasti sukar untuk kita mencari sesiapa untuk kita bersedekah disubuh hari. Caranya mudah.
Ambil satu botol atau bekas untuk dijadikan tabung sedekah subuh.

  tabung-sedekah-subuhSetiap kali selesai menunaikan solat subuh, masukkan sedekah semampu anda secara istiqomah dan niat sedekah subuh dan selepas beberapa waktu wang itu terkumpul, anda boleh masukkan tabung itu di tabung masjid, di tabung pembinaan tahfiz atau madrasah moga pahala sedekahnya terus mengalir.

2. Didik anak dan ahli keluarga turut sama

 Ia sangat mengujakan bagi sesiapa yang ingin mendidik anak bangun subuh sambil bersedekah. Anda boleh mengajak anak untuk menyediakan tabung yang cantik dan ditulis dengan nama masing-masing untuk bersedekah. Bagi anak kecil, mungkin ibu bapa boleh menyediakan syiling untuk anak bersedekah setiap hari di samping mengajar anak berdoa moga dengan berkah sedekah subuh, anak kecil yang tiada dosa mendoakan kebaikan sekeluarga diangkat doanya oleh Allah.

3. Mengambil berkat sedekah dengan memanjatkan doa

Menurut satu ceramah dari Allahyarham Syeikh Ali Jaber, seorang ulama pencinta Al Quran yang telah menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini, beliau menyarankan kita mengambil manfaat sedekah subuh dengan memanjatkan doa ketika bersedekah. Sambil anda bersedekah, berdoalah dengan barakah sedekah doa anda dimakbulkan. Sedekah tidak mengurangkan harta malah itulah sebenar-benarnya saham kita di akhirat kelak. 

Hakikatnya harta yang kita kumpul satu saat nanti akan ditinggalkan kepada yang masih hidup menjelang kematian kita. Terdapat banyak dalil dalam Al-Quran yang boleh dijadikan panduan mengenai manfaat sedekah. Antaranya:Surah-Al-Baqarah-Ayat-261

Surah-Al_Hadid-Ayat-18  

Semoga dengan amalan sedekah ini, Allah melapangkang rezeki kita, memudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Moga kita sama-sama berusaha melakukan amalan soleh demi mencari keredhaan Allah. Wallahualam

Sumber


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!