Januari 18, 2021

Kali ini lebih berhati-hati

'Kali ini lebih berhati-hati'

PENYANYI Aina Abdul menjelaskan syarat menandatangani aku janji yang ditetapkan penganjur kepada finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) agar tidak menonjolkan elemen kontroversi tak menyekat kebebasannya berkarya.

Aina yang juga finalis AJL35 berkata, sebagai penyanyi dia akan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan penganjur, namun akan tetap melakukan eksperimen terhadap lagu Semalam yang akan dibawakan nanti.

"Saya dan pasukan sentiasa berbincang dengan pihak produksi mengenai garis panduan yang ditetapkan. Kami tidak akan sesekali melakukan persembahan di luar pengetahuan mereka.

"Apa yang kami persembahkan dulu pun kami masih melakukan perbincangan dengan semua pihak, cuma benda dah nak jadi. Saya tidak menganggap syarat itu sebagai sesuatu yang perlu digusarkan tapi kami akan menghasilkan persembahan yang lebih berhati-hati.

"Buat masa ini, apa yang saya tak sabar adalah menantikan tarikh baharu penganjuran AJL35 supaya boleh bersedia dan memberi yang terbaik kepada penonton," katanya.

Menurut Aina, dia mengakui pengalaman lalu memberi pengalaman yang amat berharga, namun tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukan sebelum ini.

"Saya jadikan apa yang berlaku sebagai suatu pengajaran. Namun, saya tidak pernah menyesal. Saya sangat sayangkan persembahan itu. Saya dan pasukan berpegang teguh kepada matlamat dan tujuan elemen itu ditonjolkan. Cuma pendapat orang berbeza-beza dan saya tidak mampu menutup mulut mereka," katanya.

Terdahulu menerusi AJL34, Aina menerima kritikan daripada pelbagai pihak apabila pakaiannya pada malam itu disifatkan seolah-olah memberikan gambaran bunuh diri sehingga menerima kecaman pelbagai pihak.

AJL35 yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 6:30 AM

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut