Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan menghadap komputer riba di rumahnya.

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan menghadap komputer riba di rumahnya.


Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan menghadap komputer riba di rumahnya di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam, Jumaat malam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, jiran mangsa membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba selepas mangsa gagal dihubungi dan pintu rumahnya pula berkunci.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.
Sebaik sahaja tiba, pihak bomba mendapati pintu rumah mangsa berkunci dan anggota bomba terpaksa memecahkan pintu berkenaan menggunakan peralatan khas
"Sebaik pintu berjaya dibuka, pihak bomba mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun berada di ruang tamu rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa yang dipercayai tinggal sendirian disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.



Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW