SURAH AL-KAHFI AYAT 1-10 & 100-110

Monolog Jiwa – Surah Al-Kahf Ayat 1–10 & 100–110

Monolog Jiwa – Surah Al-Kahf Ayat 1–10 & 100–110

Ayat 1–10

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
Segala puji bagi Allah yang menurunkan Kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Nabi Muhammad) dan tidak menjadikannya bengkok.
قَيِّمًا لِيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنْ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
Kitab itu lurus untuk memberi peringatan tentang azab yang berat daripada-Nya dan memberi khabar gembira kepada orang beriman yang beramal soleh bahawa mereka mendapat pahala yang baik.
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
Dan untuk memberi peringatan kepada orang yang berkata: “Allah mempunyai anak.”
مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, begitu juga nenek moyang mereka. Besar sungguh perkataan yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya berkata dusta.
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَى آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka mungkin engkau (wahai Muhammad) akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati terhadap mereka jika mereka tidak beriman kepada keterangan ini.
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya untuk menguji mereka siapakah yang paling baik amalannya.
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan apa yang ada di atasnya menjadi tanah tandus.
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
Adakah engkau menyangka bahawa kisah Ashabul Kahfi dan Ar-Raqim itu suatu yang menakjubkan antara tanda-tanda Kami?
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Ketika para pemuda itu berlindung di dalam gua lalu berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”

Ayat 100–110

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا
Tidak ada seorang pun yang akan mati kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah ditentukan dalam kitab yang ditetapkan.
وَمَنْ أَرَادَ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ أَرَادَ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا
Barang siapa yang menginginkan pahala dunia, Kami berikan kepadanya; dan barang siapa menginginkan pahala akhirat, Kami juga berikan kepadanya dengan sebaik-baiknya.
وَلَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَا يَخْذُلُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan Allah tidak mengingkari janji-Nya dan tidak mengecewakan orang-orang yang beriman.
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
فَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Maka sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu kematian yang pasti.
Refleksi Jiwa 🌿
Ayat 100–110 mengingatkan bahawa hidup dan mati semuanya dalam kuasa Allah. Dunia hanyalah sementara, dan pahala akhirat adalah kekal. Amal yang kita lakukan akan menilai siapa kita di sisi Allah. Setiap pilihan hidup adalah ujian, setiap doa adalah cahaya penunjuk arah.

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir dan Sebelum Salam

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir dan Sebelum Salam

Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah doa-doa tersebut :

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ,
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).

5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

9) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

#Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka.

 


SINOPSIS CUKUP DERITA ITU

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. 

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. 

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. 

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?



JUDUL : CUKUP DERITA ITU

EPISOD : 40

TARIKH : 6 Mei 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : SR One Sdn Bhd

PELAKON : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia

WATAK PELAKON

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana 

Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah

Didie Alias sebagai Mak Yek 

Farhan Asri sebagai Amirul 

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah

Sera Melissa sebagai Ayu

Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Keluarga Bahagia

Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Keluarga Bahagia




Maksud surah Al Ahqaf ayat 15,

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.





Zikirlah supaya diampunkan dosa

Zikirlah supaya diampunkan dosa

TERDAPAT satu zikir kita semua tahu dan mampu menghafaznya. Selepas membaca hadis berikut, diharap kita dapat kekal istiqamah beramal dengannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Berdasarkan hadis itu, zikir ‘subhanallah wabihamdihi’ sekiranya dibaca 100 kali pada setiap hari, ganjaran besar menanti pengamalnya iaitu diampuni segala kesalahan dan dosa kecil yang dilakukannya pada masa lalu.

Nabi SAW menyebutkan sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Kata ulama, kenapa Nabi SAW mengumpamakan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis.

Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika mereka mengamalkan zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan.

Untuk menghabiskan zikir sebanyak 100 kali itu sebenarnya tidak memerlukan masa yang panjang.

Namun, disebabkan manusia sentiasa tenggelam dengan sifat malas dan lalai, ia menyebabkan zikir yang boleh diselesaikan dalam masa kurang 10 minit itu gagal dilaksanakan.

Selain itu, di dalam al-Quran turut dinyatakan seluruh makhluk lain di dunia ini turut berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “...dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa’, ayat 44)

Segala benda yang berada di sekeliling kita termasuk haiwan, tumbuhan, bukit, gunung- ganang dan sungai bertasbih memuji Allah SWT.

Bagaimanapun, manusia tidak dapat memahami cara mereka berzikir. Diriwayatkan dalam satu hadis, pada satu hari Nabi SAW mengambil segenggam pasir dan membuka gengaman tangannya di hadapan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan beberapa lagi sahabat.

Ketika Baginda membuka tangannya, pasir itu berzikir dan didengari sahabat yang berada di sekelilingnya. Itu adalah satu mukjizat.

Sahabat yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, pasir itu menyebut ‘subhanallah’ sehingga didengari secara zahir di telinga mereka.

Kemudian Nabi SAW memindahkan pasir itu ke tangan Abu Bakar. Beliau memegang dan membuka tangannya lalu pasir itu bertasbih.

Kemudian Abu Bakar menyerahkan pula pasir itu kepada Saidina Umar. Ketika beliau membuka tangannya, pasir itu turut berzikir. Kemudian pasir itu diberikan kepada Saidina Uthman dan ia masih berzikir.

Saidina Ali yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, apabila Saidina Uthman memberikan pasir itu kepadanya, ia sudah tidak berzikir.

Bagaimanapun, kenapa pasir itu tidak berzikir ketika berada di tangan Ali tidak diketahui kerana semua itu adalah rahsia Allah SWT.

Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengamalkan zikir berkenaan. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalkan zikir itu.

Itu dikatakan fadilat yang besar yang diperoleh daripada amalan kecil.

Selain itu, fadilat zikir ‘subhanallahi wabihamdihi’ boleh diamalkan ketika diri risau tidak mampu bangun malam, takut untuk berinfak dan sedekah serta ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang.

Malah, turut dinyatakan amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah SWT.

Lazimi surah al-Mulk, benteng azab kubur

Lazimi surah al-Mulk, benteng azab kubur

MEMBACA al-Quran menjadi amalan yang bukan saja memelihara diri seseorang Mukmin di dunia, bahkan menjadi pelindung di alam kubur dan pemberi syafaat pada Akhirat kelak.

Antara surah yang sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah surah al-Mulk khususnya menjadi benteng ketika berada di alam barzakh.

Abdullah ibnu Mas’ud RA berkata: Dalam kubur, seseorang akan didatangi azab dari arah kakinya, maka kakinya akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku ini kerana dia selalu berdiri menggunakanku untuk membaca surah al-Mulk.’

Kemudian azab akan datang dari arah dada ataupun perut, maka dada ataupun perut akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.’


Selepas itu, azab akan datang dari arah kepala, maka kepala akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.’

Abdullah berkata surah ini ialah penghalang daripada azab kubur. Nama surah ini dalam Taurat ialah surah al-Mulk. Sesiapa yang membaca surah ini pada mana-mana malam, maka dia menghasilkan pahala yang banyak. (Mustadrak Hakim)

Malah, sebagai manusia yang tidak lekang dek dosa dan tidak lapuk dek sia-sia, sangat berharap dengan syafaat kerana dosa yang dilakukan lebih tinggi daripada gunung.

Justeru, melazimi tilawah surah al-Mulk boleh menyediakan kita untuk menjadi manusia pilihan untuk menerima syafaat dan pengampunan dosa.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Dalam al-Quran, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat yang akan terus-menerus memberi syafaat kepada seseorang yang selalu membacanya hingga dia diampunkan. Surah itu ialah surah ‘Tabarakallazi.’ (HR Tirmizi)

DOA SOLAT TAHAJJUD RUMI DAN MAKSUDNYA

DOA SOLAT TAHAJJUD RUMI DAN MAKSUDNYA

Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Solat sunat tahajud

Solat sunat tahajud atau Sembahyang tahajud, ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail. Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Allah berfirman yang ertinya;

"Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji" [Quran 17:79].

Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. Baginda bersabda yang ertinya;

"Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjut)" (H.R Muslim)

Wikipedia

Ilham dari atas motor, Arif buat pembaca terkenang ibu bapa

Ilham dari atas motor, Arif buat pembaca terkenang ibu bapa

Hampir setiap hari menempuh hampir 80 kilometer perjalanan ulang alik antararumah dan pejabat dengan menunggang motosikal, banyak hal yang bermain dikepala.

Tiada radio atau pemain muzik untuk dimainkan. Selain melayan banyak perkarayang singgah di fikiran, banyak juga yang dicerapnya daripada pemerhatian disepanjang perjalanan.

Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja itulah, kata pereka bentukindustri, Muhammad Arif Asat, yang banyak mencetuskan ilham kepadanya untukmenghasilkan karya komik di laman Facebook Galeri Sentuhan ArifSan.

“Kita naik motosikal bukannya boleh dengar muzik, jadi banyak masa untukberfikir, banyak benda bermain dalam kepala kita.

“Pada masa itulah ilham paling banyak datang,” kata Arif kepadaMalaysiakini.



Komik Arif menyentuh banyak perkara tetapi subjek yang paling kerapditampilkan lewat karya-karyanya ialah berkenaan ibu bapa dan ikatankekeluargaan.

Malah, di halaman Galeri Sentuhan ArifSan, gambar utamanya memaparkan imejseorang ayah sedang menolak basikal dengan anaknya yang berpakaian sekolah,sedang duduk menggendong di belakang.

“Bila di lampu isyarat, kita berhenti tengok orang, tengok respons mereka -ada yang bawa anak pergi sekolah, kadang-kadang idea boleh terlintas.

“Kadang-kadang saya nampak ada ayah bawa anak kecil naik motosikal. Kadang-kadang kita pergi stesen minyak pun kita nampak (ilham). Perjalanan jauh, jadimacam-macam situasi ada sepanjangnya.

“Dulu saya pernah buat komik pasal baju hujan. Itu semua memang yang sayanampak dari atas motosikal saya,” kata lelaki berusia 39 tahun ini.

Dengan motosikal model GPX Gentleman 200, dia berulang alik antara rumahnya diPuncak Alam dan Shah Alam, tempat dia bekerja di sebuah syarikat elektronik.



Komik di halaman Facebooknya turut mengangkat isu semasa seperti pemansuhanUPSR dan tragedi kapal selam Kri Nanggala 402 dari Indonesia namun berdasarkanpemerhatiannya, komik bertemakan kekeluargaan yang tetap mendapat reaksipaling banyak daripada kira-kira 110,000 pengikutnya.

Ibu bapa dan anak yang berjauhan

Selalunya, komik Arif memaparkan kesunyian ibu bapa di kampung setelah anak-anak mendewasa merantau mencari rezeki serta mendirikan keluarga sendiri. Adajuga komiknya memaparkan suasana keriuhan di kampung apabila anak-anak pulangberaya.

Semuanya dihasilkan bukan menggunakan tablet atau pun tablet lukisan,sebaliknya dengan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 10 miliknya.

Dia mula menghasilkan karya secara digital sejak 2012 dan dikongsikan di akaunFacebook peribadinya, sebelum mewujudkan Galeri Sentuhan ArifSan pada Jun 2018untuk berkongsi karya-karyanya secara lebih tersusun.



Melewati komen di sana, ramai pengikut yang menjadikan ruang itu sebagai medanmelepaskan rindu buat ibu bapa di kampung halaman, lebih-lebih lagi ketikaumat Islam memasuki fasa sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya Hari RayaAidilfitri.

Sedangkan, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Ada juga yang berkongsi dan mengimbau kenangan masing-masing bersama ibu bapayang telah pun tiada.

“Kadang-kadang orang simpan di dalam hati, mereka tak kongsi dan luahkan(perasaan rindu) di media sosial mereka. Tapi mereka kongsi guna kartun,"katanya.

Arif berkata pengunjung dan pembaca komiknya semakin meningkat sejak perintahkawalan pergerakan tahun lalu. Malah karya-karya lamanya kembali dikongsimereka.

Dia banyak mendapat mesej daripada pembaca yang meluahkan rasa tersentuhketika menatal komiknya di skrin telefon masing-masing.

Kebanyakannya mengucapkan terima kasih, dan malah ada yang memberitahunyamereka terus menelefon ibu bapa selepas membaca komiknya - sesuatu yangmemberikannya rasa ‘lega’ dalam hati apabila karyanya memberi kesan sebegitukepada pembaca.

“Ada juga mesej dari ibu bapa sendiri. Ada ibu mesej saya, dia cakap, diarindu anak-anak dia. Dia harap anak-anak dia baca (komik saya) dan telefon diasemula,” kongsinya.



Ayah saya dulu kuat ...

Selain daripada pemerhatian dari atas motosikal, Arif berkata dia jugamendapat ilham daripada komen pembaca, berita, serta pengalaman waktu kecilnyaketika pulang ke kampung sebelah ibunya di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Sedangkan rumah ibu dan bapanya sendiri terletak di Puchong. Kata Arif, diaakan pulang ke rumah mereka seminggu atau dua minggu sekali dan memastikanakan kerap menghubungi mereka, walaupun rumah mereka tidaklah "dipisahkan"dengan larangan rentas negeri.

Meskipun ada seorang adik yang menemani mereka, kata Arif, dia tetap selaluterfikirkan keadaan mereka dan perasaan itu diluahkan dalam lukisannya.

Tambahan pula, katanya lagi, kesihatan ayahnya kini tidak lagi seperti dahuludan sudah tidak boleh berjalan seperti biasa.

“Kadang-kadang, saya teringat masa kecil, ayah saya cukup kuat. Boleh buatmacam-macam. Sekarang, ayah saya pun dah tak larat nak berjalan."

Dia mengakui sering kali dilanda emosi - teringatkan ibu bapa sendiri - ketikaberkarya.

"Sampai pernah menangis. Biasalah, bila melukis kita akan fikir watak inimacam mana muka dia, dia tengah buat apa, jadi saya terbayangkan benda itukena pada ibu bapa saya. Sebab itu bila dah melukis tu, rasa macam sebakpula," kata anak kedua daripada lima beradik itu sambil ketawa.

Setelah berumah tangga dan menyaksikan anak-anak semakin membesar, diaterlintas betapa karya komiknya itu juga mungkin berlaku ke atas dirinyasendiri pada suatu hari nanti.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri, mereka dikurniakan tiga anak - seorangperempuan berusia 13 tahun, dan dua anak lelaki berusia lapan dan setahun.Anak keduanya mempunyai autisme.



Arif berpegang yang ibu bapa adalah satu keutamaan, tanpa mengira sejauh manaanak itu membina kehidupan dan keluarga sendiri.

Meskipun laman Facebooknya semakin mendapat perhatian, Arif berkata dia belummenjana apa-apa pendapatan daripada populariti komiknya.

Tetapi bermula tahun lalu, dia berjinak-jinak menghasilkan barangan sepertibaju T, kalendar dan sampul raya bermotifkan komiknya, itu pun setelahmendapat permintaan daripada pembaca.

Ditanya apakah dia tidak bercadang mengumpulkan karyanya dalam bentuk buku,kata Arif, memang ramai pengikut yang meminta berbuat demikian.

Cuma dia berdepan kesukaran mendapatkan versi asal karya lama kerana duatelefon pintar lamanya sudah rosak. Komik yang dimuat naik di Facebookmemiliki kualiti gambar lebih rendah dan maka tidak sesuai untuk diterbitkansebagai buku.

Menjelang Aidilfitri tak lama lagi, Arif berkata seperti tahun-tahunsebelumnya, dia sudah menyiapkan karya sempena sambutan itu dan menunggu masayang sesuai untukmenyiarkannya.

Wadah Terkini