Lazimi surah al-Mulk, benteng azab kubur
Antara surah yang sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah surah al-Mulk khususnya menjadi benteng ketika berada di alam barzakh.
Abdullah ibnu Mas’ud RA berkata: Dalam kubur, seseorang akan didatangi azab dari arah kakinya, maka kakinya akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku ini kerana dia selalu berdiri menggunakanku untuk membaca surah al-Mulk.’
Kemudian azab akan datang dari arah dada ataupun perut, maka dada ataupun perut akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.’
Selepas itu, azab akan datang dari arah kepala, maka kepala akan berkata: ‘Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.’
Abdullah berkata surah ini ialah penghalang daripada azab kubur. Nama surah ini dalam Taurat ialah surah al-Mulk. Sesiapa yang membaca surah ini pada mana-mana malam, maka dia menghasilkan pahala yang banyak. (Mustadrak Hakim)
Malah, sebagai manusia yang tidak lekang dek dosa dan tidak lapuk dek sia-sia, sangat berharap dengan syafaat kerana dosa yang dilakukan lebih tinggi daripada gunung.
Justeru, melazimi tilawah surah al-Mulk boleh menyediakan kita untuk menjadi manusia pilihan untuk menerima syafaat dan pengampunan dosa.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Dalam al-Quran, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat yang akan terus-menerus memberi syafaat kepada seseorang yang selalu membacanya hingga dia diampunkan. Surah itu ialah surah ‘Tabarakallazi.’ (HR Tirmizi)
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.