DAMAK SI KUBA

 


DOA QUNUT

DOA QUNUT

1. Qunut itu sendiri bermaksud "doa". 

2. Doa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bacaan doa, bacaan zikir dan bacaan selawat.  

3. Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. Dalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya.

4. Bahagian kedua iaitu bermula daripada  فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir. 

5. Jika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama² membaca zikir ini secara perlahan. Jika tidak hafal, cukuplah diam sahaja ketika Imam membacanya. Dalam konteks zikir, Imam dan Makmum perlulah bersama-sama memuji Allah.

6. Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.



Debunk, One Cent Thief, Harum Malam, Kerana Cinta Itu Ada...

Telefilem Debunk yang akan ditayangkan pada 1 Oktober 2022 jam 10 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra HD.

Drama One Cent Thief (8 episod) bakal menemui penonton menerusi slot Astro Originals di Astro Ria mulai 8 Oktober 2022.

Filem Harum Malam bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. 

Drama Kerana Cinta Itu Ada akan mengisi slot Akasia TV3.

SEGMEN KOMEN BLOG SAYA #JMBELOG

 


SEGMEN KOMEN BLOG SAYA #JMBELOG

AGAK-AGAK ADA YANG SUDI TAK JOIN!?

HANYA BUAT SATU ENTRI MENGENAI BLOG INI DAN SHARE LIÑK ENTRI ANDA DI SINI .

SUDI FOLLOW BLOG INI.

(29 SEPTEMBER 2022 ~ 31 OKTOBER 2022)



Lidah

Sabda Baginda Rasulullah: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” - [HR Ahmad 9675].

Kesimpulannya , baiklah hati kita macam mana pon , kalau mulut tu jahat tetap ada balasannya . Renung renungkan dan selamat beramal.


Apa itu EIS atau SIP?


Apa itu EIS atau SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk:

Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.

 (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.



MLS3 : UBI JUARA

 

Kumpulan Ubi yang terdiri daripada Fad, Nami dan Syarif memenangi tempat pertama dan menjadi juara pada pertandingan akhir Muzikal Lawak Superstar musim 3 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel

Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh portal FlixPatrol, filem terlaris dalam sejarah industri perfileman Malaysia itu kini menduduki carta Top 10 di hampir 20 buah negara setakat semalam, antaranya Singapura, Korea Selatan, Sweden, Romania, Arab Saudi, Oman, Filipina, Finland dan Greece.

Dalam carta global Top 10 filem bukan berbahasa Inggeris dari tempoh 12 hingga 18 September 2022 pula, Mat Kilau meraih tempat kelima dengan jumlah tontonan 3.97 juta per jam.

KENALI SENARAI PAHLAWAN MALAYSIA

KENALI SENARAI PAHLAWAN MALAYSIA🇲🇾 

Mat Kilau (Pahang)
Tok Gajah ( Pahang)
Dato' Bahaman ( Pahang)
Pawang Nong (Pahang)
Tok Janggut ( Kelantan)
Tok Kenali (Kelantan)
Rentap ( Sarawak)
Rosli Dhobi ( Sarawak)
Syarif Masahor ( Sarawak)
Kanang AK Langkau ( Sarawak)
Patinggi Abang Ghapor (Sarawak)
Mat Salleh ( Sabah)
Antanom ( Sabah)
Datu Tating (Sabah)
Imam Marajukim (Sabah)
Pak Musa( Sabah)
Shariff Othman(Sabah)
Embo Ali (Sabah)
Kiai Salleh (Johor)
Dato Muhamad Salleh Perang (Johor)
Si Bongkok Tanjung Puteri (Johor)
Dol Said ( Melaka)
Raja Haji (Melaka)
Hang Tuah (Melaka)
Panglima Awang(Melaka)
Haji Abdul Rahman Limbong ( Terengganu)
Tok Ku Paloh ( Terengganu)
Yamtuan Antah ( Negeri Sembilan)
Dato' Siamang Gagap (Negeri Sembilan)
Moyang Salleh (Negeri Sembilan)
Dol Said (Naning)
Panglima Ismail (Kedah)
Tengku Kudin (Kedah)
Panglima Nayan (Kedah)
Tunku Anum ( Kedah)
Datuk Haji Ahmad Wan Daud (Perlis)
Dato Maharaja Lela ( Perak)
Ngah Ibrahim(Perak)
Dato’s Sagor(Perak)
Pandak Indut (Perak)
Laksamana Muhammad Amin (Perak)
TG Hj Bakri (parang terbang sg. Manik Perak)
Syed Mashhor (Selangor)
Raja Ali Haji (Selangor)
Tunku Muhammad Saad (Kedah)
Wan Muhammad Ali (Kedah)
Tunku Sulaiman (Pulau Pinang)
Leftanan Adnan
Sarjan Hassan

Kredit : FB Kisah Sejarah Melayu

Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞



Hiduplah dengan cara kita sendiri.

Hiduplah dengan cara kita sendiri. Ikut kemampuan diri, Agar kita tahu dimana harus kita berdiri.



Wadah Terkini