Apa itu EIS atau SIP?


Apa itu EIS atau SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk:

Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.

 (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.




Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”