DOA QUNUT

DOA QUNUT

1. Qunut itu sendiri bermaksud "doa". 

2. Doa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bacaan doa, bacaan zikir dan bacaan selawat.  

3. Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. Dalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya.

4. Bahagian kedua iaitu bermula daripada  فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir. 

5. Jika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama² membaca zikir ini secara perlahan. Jika tidak hafal, cukuplah diam sahaja ketika Imam membacanya. Dalam konteks zikir, Imam dan Makmum perlulah bersama-sama memuji Allah.

6. Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.




Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”