Pages

Oktober 30, 2022

Buat yang bernama Isteri

Buat yang bernama Isteri

..sedikit coretan buat pasangan suami&isteri

. Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya serta kuncu-kuncunya

"Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"KAUM ibu"

Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis tenaga lalu lesu seribu bahasa.

Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya...supaya hatinya tiada lagi nikmat syukur dan menyebut nama Allah

Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri sentiasa lemah pemikiranya

Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain dan keluarganya serba kekurangan.

Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki serta merungut yang tidak pernah putus.

Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.

Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.

Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar, 
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....

Sekali lagi, makhluk penting itu bernama Ibu.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,

Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu.

Jika kau lelah, rehatlah. 

Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu ibu.

Jangan menekan dirimu terlalu keras.

Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.

Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.

Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.

Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.

Rehatlah, 
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak yang sesuai untuk menyihatkan tubuh badanmu serta kelesuanmu.

Sekadar menyendiri, menyendirilah.

Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya lakukan mengharapkan hanyalah pahala Allah.

Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu akan mengimbau kembali masa lalu..dan di saat itu barulah kita merasai masa yang telah berlalu jauh.

Betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya.

Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga wahai IBU, jangan pernah lupakan itu.

Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah dan membuat perbandingan dengan pasangan lain.

Jika kita melihat perkara yang di kerjakan ini adalah sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah dan mengsia sia2kan setiap perilaku.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya

Berilah penghargaan kepada diri kamu, WAHAI KAUM IBU

Sungguh TANGGUNGJAWAB MU jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosakan kebahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU dengan memudarkan perasaan bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga

Baarakallahu fiikum...

Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT &Di BERKATI

Selalu ada BAHAGIA di segala cuaca.

Renungan untuk para ibu Dan wanita-wanita solehah...

Sedikit Perkongsian Benteng kebahagian Rumahtangga Serta kediaman.

#Al fatihah 1x
#Ayatul Kursi 1x
#Al Baqarah ayat 1-5
#Al Baqarah Ayat 102-103
#BACALAH 3 Qul 1x
#Zikir&Selawat 3x 

Pusat Rawatan Islam At-Tobibi
Www.at tobibi blogspot.com
Talian Rawatan 0132888486

Selamat beramal....




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!