Cik P.A Tuan Ash, Halimun,

Drama romantik komedi 'Cik P.A Tuan Ash' akan datang di slot Lestary TV3. Drama bersiri 20 episod terbitan Tanah Beris Film Production, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan menampilkan pelakon utama iaitu Dini Schatzmann dan Janna Nick.

Filem Halimun terbitan Azura Pictures bakal temui penonton di Astro First bermula 5 November 2022. Filem bergenre seram ini bukan sekadar filem elemen seram semata-mata, tetapi turut mengetengahkan kisah mistik dari sisi berbeza. Halimun membariskan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis Azizi. Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun.




Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan