Oktober 29, 2022

Jangan dibalas...

Jangan dibalas kalau orang tak suka kita.

Jangan dibalas kalau orang hina kita.

Jangan dibalas kalau orang dengki kita.

Jangan dibalas kalau orang bersaing dan sentiasa cari salah kita.

Jangan dibalas kalau orang perli kita.

Jangan dibalas kalau orang menyampai-menyampai, kata si polan berkata buruk tentang kita.

Jangan dibalas kalau orang tunjuk hebat, cakap besar atau kondem kita.

Jangan dibalas kalau orang buat apa sahaja perkara tak baik kat kita.

Jangan dibalas kalau orang nak berlawan-lawan dan menunjuk hal dunia kat kita.

Kita bukan hidup di dunia ni untuk membalas keburukkan orang kat kita.

Kita tidak belajar untuk menghina dan menjatuhkan orang lain.

Berikan sahaja kemaafan walau tanpa di pinta dan doakan sahaja kebahagiaan dia tanpa diketahuinya.

Diam dan tenang sahaja, buat tak dengar, bersabar dan senyum.

Biarkan siapa sahaja menilai, berkata apa sahaja tentang kita dan semua itu tidak penting yang penting kita kena tahu yang kita hidup bukan untuk dia.

Kalau ukuran dunia nak dibuat perbandingan, sungguh sedikit pun tiada nilai disisi Allah SWT.

Semoga kita tenang-tenang sahaja.
Allah kan ada ..

Alhamdulillah ♥️




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!