#munajat #jmbelog

(Intro)

Kau Ya Alim
lagi tahu apa yang ku
mampu rangkul dan kupikul
sebelumnya terkesima tak berdaya

Meniti masa
sering saja

(Chorus)

terimalah
alunan rintih jiwaku ini

Risau gundah
melingkari peri dunia?
tatkala aku terlupa
segala perancangan-Mu

Meniti masa
sering saja
aku alpa dan terluka

Ulang (Chorus)

Nun di satu hari indah
di jembatan sang kekasih
kau sambutku
kau terima yang aku hamba

Meniti masa
sering saja
aku alpa dan terluka

Bahawasanya
firman-Mu nyata
setelah sukar, akan mudah

Ulang (Chorus)

Nun di satu hari indah
di jembatan sang kekasih
kau sambutku
kau terima yang aku hamba

Duhai jiwa
janganlah kau mudah lupa
kepada yang Maha Tahu.









Telefilem Kasih Abang. Drama Seindah Cinta, Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Telefilem Kasih Abang yang akan ditayangkan pada 12 Disember ini, Isnin pukul 9.00 malam di TV2 RTM.

Sinopsis Telefilem Kasih Abang

Pertemuan Adam, seorang pelukis jalanan dengan Wani anak orang kaya berjaya merungkai pencarian adiknya, Idris sejak mereka terpisah 18 tahun yang lalu. Perpisahan tersebut berlaku apabila ibu mereka yang terpaksa menjadi keldai dadah untuk melunaskan hutang arwah bapa mereka, enggan meneruskan kerja haram tersebut dan kemudiannya dibunuh seperti bapa mereka. Adam membawa Idris bersembunyi dan kemudian pulang semula ke rumahnya untuk menyelamatkan ibunya tetapi cubaanya gagal.

***
Drama bersiri 20 episod Seindah Cinta lakonan Sarah Hildebrand dan Hazama bermula 7 Disember ini, pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 9.00 malam ini di saluran TV Okey (Myfreeview 110, Astro 146)

Sinopsis Drama Seindah Cinta

Kisah seorang gadis dari LA, melawat sebuah kampung yang tenang di Negeri Sembilan untuk bertemu dengan keluarganya.

***
Drama Hati Tanpa Rasa 26 episod adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Sufian. Menemukan pelakon utama Redza Rosli dan Scha Elinnea. Drama Hati Tanpa Rasa akan disiarkan mulai 13 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 dan boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran tv untuk VIP dan percuma 48 jam kemudian.

Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa

Kaisara berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran.

***
Drama genre jenayah 10 episod, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu terbitan Razors Edge Pictures, arahan bersama Megat Sharizal dan Faizul A Rashid. Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan di tonton.

Sinopsis Drama Metro Crime Series

Kisah fiksyen yang diilhamkan dari kes-kes jenayah berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia.

Fatema, seorang wartawan Harian Metro yang panas baran, kuat merokok, memperjuangkan hak wanita dan nekad untuk menegakkan kebenaran.

Syuhada (orang-orang mati syahid)

“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)

Salah satu hikmah Allah سبحانه وتعالى dalam membimbing hamba agar senantiasa menghadap kepada-Nya, adalah Dia menciptakan deretan gangguan dari sesama makhluk.

“Allah sengaja menciptakan gangguan dari orang-orang terhadapmu, agar supaya engkau tidak tinggal diam terhadap mereka. Allah ingin membuat kamu bosan dari segala sesuatu hingga tiada sesuatupun yang dapat memalingkanmu dari-Nya.”

Salah satu hikmah Allah سبحانه وتعالى dalam membimbing hamba agar senantiasa menghadap kepada-Nya, adalah Dia menciptakan deretan gangguan dari sesama makhluk. Gangguan demi gangguan terjadi, menimpa bertubi-tubi hingga menimbulkan rasa jemu dan bosan, susah dan gelisah. Pada klimaks kegelisahan inilah, manusia mencari perlindungan kepada yang Maha Kuasa dan Penyayang. Kemudian tidak pernah lagi berpaling dari-Nya.

- Sheikh Ibnu Ajibah dalam kitab Liqodhul Himam -

Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu


Korang sedang mencari pekerjaan atau sudah berada di semester akhir pengajian?. Masih tercari-cari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan. Tak perlu menganggur lama-lama, poket pun sudah kering, apa kata korang semak senarai laman web carian pekerjaan paling popular di Malaysia.  Takkan hanya berdoa sahaja tetapi tak berusaha cari kerja, ye tak?. Sekarang zaman dah canggih, mohon kerja dihujung jari sahaja. 


Jadi kepada korang yang berminat, boleh klik senarai laman web dibawah :

 

Selain itu, korang juga boleh semak senarai artikel lain berkaitan kerjaya.

 Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga berjaya!. 

SUMBER

Wadah Terkini