Pages

Disember 10, 2022

Telefilem Kasih Abang. Drama Seindah Cinta, Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Telefilem Kasih Abang yang akan ditayangkan pada 12 Disember ini, Isnin pukul 9.00 malam di TV2 RTM.

Sinopsis Telefilem Kasih Abang

Pertemuan Adam, seorang pelukis jalanan dengan Wani anak orang kaya berjaya merungkai pencarian adiknya, Idris sejak mereka terpisah 18 tahun yang lalu. Perpisahan tersebut berlaku apabila ibu mereka yang terpaksa menjadi keldai dadah untuk melunaskan hutang arwah bapa mereka, enggan meneruskan kerja haram tersebut dan kemudiannya dibunuh seperti bapa mereka. Adam membawa Idris bersembunyi dan kemudian pulang semula ke rumahnya untuk menyelamatkan ibunya tetapi cubaanya gagal.

***
Drama bersiri 20 episod Seindah Cinta lakonan Sarah Hildebrand dan Hazama bermula 7 Disember ini, pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 9.00 malam ini di saluran TV Okey (Myfreeview 110, Astro 146)

Sinopsis Drama Seindah Cinta

Kisah seorang gadis dari LA, melawat sebuah kampung yang tenang di Negeri Sembilan untuk bertemu dengan keluarganya.

***
Drama Hati Tanpa Rasa 26 episod adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Sufian. Menemukan pelakon utama Redza Rosli dan Scha Elinnea. Drama Hati Tanpa Rasa akan disiarkan mulai 13 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 dan boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran tv untuk VIP dan percuma 48 jam kemudian.

Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa

Kaisara berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran.

***
Drama genre jenayah 10 episod, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu terbitan Razors Edge Pictures, arahan bersama Megat Sharizal dan Faizul A Rashid. Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan di tonton.

Sinopsis Drama Metro Crime Series

Kisah fiksyen yang diilhamkan dari kes-kes jenayah berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia.

Fatema, seorang wartawan Harian Metro yang panas baran, kuat merokok, memperjuangkan hak wanita dan nekad untuk menegakkan kebenaran.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!