Pages

Disember 12, 2022

Kurang Sel darah Putih

Kurang Sel darah Putih

Kurang sel darah putih neutrophil dalam darah (Neutropenia)

Saranan untuk menghalang infeksi berkenaan neutropenia adalah:

Nyahbekukan makanan yang dikeluarkan daripada peti beku ke dalam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro. Jangan sesekali nyahbekukan makanan beku pada suhu bilik atau di luar peti sejuk.

Masak makanan sejurus selepas proses mencairkan makanan beku.

Letak makanan dalam peti sejuk atau peti beku (bawah 1 ) sejurus selepas membeli untuk menghadkan pembiakan bakteria.

Sejukbekukan semua lebihan makanan dalam masa 2 jam selepas masak dan makan dalam masa 24 jam sahaja.

Pastikan makanan panas disajikan dalam keadaan panas dan makanan sejuk disajikan dalam keadaan suhu bilik.

Masak sepenuhnya semua daging, ayam dan ikan dan elakkan memakan makanan mentah seperti telur dan ikan mentah.

Beli makanan untuk satu sajian, di mana lebih baik daripada membeli makanan yang dijual dalam saiz yang banyak menyebabkan lebihan makanan.

Apabila makan di luar , elakkan memakan secara buffet atau bar salad.

Hadkan pendedahan dengan orang ramai dan orang yang mempunyai infeksi.

Basuh tangan dengan kerap untuk mengelakkan penyebaran bakteria.

Senarai ini mungkin dimodifikasi selepas kemoterapi atau apabila jumlah darah (blood count) kembali normal.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!