Pages

Disember 25, 2022

Drama The Besties, Filem Eva, Drama Budak Hostel Otaknya Sewel,

 Drama The Besties (13 episod) akan menemui penonton di slot Lestary TV3, Rabu-Sabtu 9:00 malam (2023)

Sinopsis Drama The Besties

Mengisahkan tentang 5 kawan baik yang masing-masing mempunyai masalah keluarga sendiri.

***

Filem Eva akan di tayangkan di pawagam pada 26 januari 2023.

Sinopsis Filem Eva

Eva ialah seorang peguam tetapi di dalam dirinya tinggal dua orang lain iaitu Amy, seorang pakar forensik, dan Mike, seorang pembunuh. Eva, sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak. Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantu ibunya. Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan... meletakkan semua orang dalam bahaya.

***
Drama Budak Hostel Otaknya Sewel akan menemui penonton di saluran Astro Ria. (2023)

Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

"Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.
  
Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.
  
Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!