Disember 17, 2022

Drama Budak Tebing 3, Filem Hantu Tenggek, Drama Persepsi, Drama Isteri Halal, Filem Hani, Telefilem Kompas Cinta

Drama Budak Tebing 3 (13 episod) menerusi slot Lestary, bermula 14 Disember 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3

Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

***
Filem Hantu Tenggek akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Disember 2022.

Sinopis Filem Hantu Tenggek

Dapatkah AUTAA, geng Pemburu Mistik terus menipu penduduk kampung dengan teknologi mereka untuk menghalau hantu ataupun mereka terperangkap dengan perbuatan mereka sendiri?

***
Drama Persepsi bakal disiarkan di platform Sooka pada Mac 2023.

***
Drama Isteri Halal (80 episod) akan datang di slot Tiara, Astro Prima (Isnin-Jumaat, 6:00 petang (2023))

***
Filem Hani dipawagam mulai 15 Disember 2022.

Sinopsis Filem Hani

Hani, seorang pelukis junior, komik manga di Jepun pulang bercuti ke tanah air Malaysia tetapi hatinya tidak tenang teringat akan tugasan baru mengenai sebuah patung sumpahan yang dikenali sebagai Patung Ishikaori yang diberikan majikannya untuk komik manga keluaran akan datang mendapati dirinya terperangkap diantara dunia realiti dan fantasi.

***
 Telefilem Kompas Cinta pada 18 Disember ini, Ahad pukul 2:30 petang di tv okey.

Sinopsis Telefilem Kompas Cinta

Mengisahkan Anis yang perwatakan kasar yang ingin mencari cinta sejatinya.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!