Pages

Disember 21, 2022

WORDLESS WEDNESDAY : MENGAPA HARI RABU ADALAH WORDLESS WEDNESDAY ?

Wordless Wednessday. Di mana - mana kita akan terbaca tentang perkataan Wordless Wednesday apabila menjelang setiap rabu pada setiap minggu. Perkataan Wordless Wednesday akan terpampang dan dapat dilihat dimana - mana sahaja di seluruh dunia bila hari rabu.

Mungkin ramai yang telah tahu dan mungkin sebahagian kita masih tertanya - tanya apakah yang dimaksudkan dengan Wordless Wednesday ini ? dan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang wordless wednesday mengikut pemahaman saya tentang perkara ini.


APA ITU WORDLESS WEDNESDAY ?

Terjemahan secara langsung nya bermaksud " Hari Rabu Tanpa Perkataan "

Wordless Wednesday adalah dimana setiap rabu semua blogger dari seluruh dunia dari semua peringkat dan golongan akan membuat satu entri atau post yang berbentuk gambar atau foto ke dalam blog mereka tanpa meletakkan satu perkataan atau caption.Post tersebut akan diberi tajuk " Wordless Wednesday " dan sesetengah blogger gemar untuk meletakkan nombor samaada didepan tau dibelakang tajuk.Seperti mana pada post - post saya.Baca sini.

Secara tidak langsung bentuk post atau entri sebegini menyerahkan atau terpulang kepada pembaca atau pelawat untuk membuat tafsiran dan pandangan tersendiri pada gambar atau foto yang dipost atau dikongsikan tanpa sebarang caption tersebut.Ini bermakna pelbagai pendapat dan pandangan secara bebas pembaca atau pelawat dalam menilai gambar atau foto tersebut.
 
 Ternyata budaya yang dibawakan oleh blogger diluar negara ini sangat mendapat perhatian sehingga ianya menjadi satu budaya bagi kebanyakan blogger bebas di Malaysia yang turut menyertai Wordless Wednesday dengan membuat posting - posting atau entri yang sama.

Saya boleh katakan Wordless Wednesday ini banyak memberikan kebaikan dengan menggalakkan dan mengalu-alukan pandangan dan tafsiran yang bebas dalam sesuatu post atau  perkongsian dan ianya mempunyai sedikit unsur kesenian yang tesendiri.Mengapa ? Mungkin anda pernah melihat ke galeri atau pameran seni di mana - mana dan anda melihat satu lukisan kesenian yang agak abstrak atau mempunyai banyak unsur dengan maksud penyampaian tertentu.Namun Lukisan yang dihasilkan itu mempunyai lebih dari satu tafsian atau mungkin lebih beserta pemanahaman dari pelbagai pihak tentang apa yang ingin disampaikan oleh pelukis melalui lukisan tersebut.

Nah...ada persamaan bukan dengan apa yang dikatakan Wordless Wednesday?

Selain itu ? saya sempat mencari sedikit informasi dari sumber yang lain seperti Wiki.answers.com yang menjelaskan Wordless Wednesday seperti berikut :

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Maksudnya ;

Setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog masing-masing tanpa meletakkan sebarang kata-kata atau penjelasan untuk gambar tersebut. Tujuannya, biarlah gambar sahaja yang menjelaskan segalanya.


MENGAPA HARI RABU ADALAH WORDLESS WEDNESDAY ?

Hmmm? Mengapa ye ? ok terdapat beberapa pendapat saya mengatakan mengapa hari rabu Hari Rabu dipilih kerana

Pertama, Wednesday bermula dengan huruf W dan bila Wordless Wenesday menjadikan WW atau Worldwide? dan di sini saya mengandaikan ianya sebahagian dari cara untuk merebakkan Wordless Wednesday menjadi viral atau tersebar ke serata dunia.Apa apa pun ianya hanyalah andaian saya semata - mata yang saya fikir berkemungkinan mengapa Wordless Wednesday memilih hari rabu.

Kedua,Jika kita amati pada Wednesday atau hari Rabu merupakan hari yang berada di tengah - tengah dalam 7 hari seminggu.Bagi Masyarakat di barat dimana Wordless Wednesday bemula,Hari Rabu merupakan hari puncak menjalankan aktiviti atau kerja mahupun urusan pada sepanjang minggu tersebut sebelum menjelang khamis dan jumaat sebelum bercuti pada hari minggu.Malah Wenesday atau hari Rabu juga dipanggil sebagai "Hump Day" di sebelah barat.Saya beranggapan bahawa pada hari rabu yang merupakan hari yang penuh dengan perbuatan samaada dari segi kerja,aktiviti dan urusan sehingga tidak dapat diungkap dengan kata - kata dari kontek kesibukan,kemeriahan dan sebagainya.Erti kata lain bagi wordless menjelaskan tentang speachless dan juga talkless.Selain itu anda boleh merujuk di Sini.

Ketiga,Kemungkinan pengasas atau individu yang pertama menggunakan  Tajuk Wordless Wednesday ini secara kebetulannya menghadapai hari - hari yang sangat hebat sehingga tidak dapat diungkap dengan kata - kata. Samaada wordless tersebut menjelaskan tentang rasa yang sangat mengembirakan atau menyedihkan ketika itu yang secara kebetulan berlaku pada setiap Hari Rabu.Seterusnya dengan mengambil kontek " Biarkan gambar yang berbicara " maka  wujudlah Caption atau Tajuk Wordless Wednesday ketika itu yang akhhirnya menjadi perkembangan trend di internet sehingga ianya menjadi meluas ke serata dunia.


Penjelasan di atas hanyalah dari sisi pandang pendapat saya secara individu dan mungkin anda sendiri mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Wordless Wednesday ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!