Pages

Ogos 08, 2023

Terowong

*Terowong* _oleh Khairunnisaq_

Aku ada satu hobi. Aku suka teropong burung. Kerap kali jugalah aku pergi panjat gunung untuk tengok burung-burung dalam hutan. Kalau jumpa burung yang cantik-cantik, aku ambillah gambar. Kadang-kadang tu ada juga aku nampak ibu burung dalam sarang dengan anak-anaknya.

“Kau ni, asyik panjat gunung nak ambil gambar burung je. Cuba kau teropong burung-burung dekat bandar ni pula. Sesekali nak tengok juga ‘kehidupan’ burung-burung bandar ni. Pipit ke, gagak ke. Warna mesti macam coklat-coklat, kelabu, hitam, macam tu.”

Jadi hari ini, aku bawa teropong dan kamera naik bangunan tinggi. Bumbung apartmen. Sedang aku asyik meneropong burung-burung ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu. Dua orang lelaki sedang mendorong wanita yang nampak lemah di balkoni. Dia terundur-undur, dengan pantas seorang daripadanya menabrak badan wanita itu hingga jatuh dari bangunan 13 tingkat.

Lutut aku menggeletar. Mereka berpaling memandang aku. Aku nampak mereka berlari. Mungkinkah aku dalam masalah?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!