Pages

Ogos 08, 2023

Teksi

*Teksi* _oleh Zuraida Abd Rashid_

Suria membelek lagi jam di tangannya. 12:45 malam. Tiada satu teksi pun yang lalu di perhentian bas itu.

Dia terfikir untuk menggunakan perkhidmatan Grab. Namun, telefonnya kehabisan bateri. Entah mengapa keretanya tidak boleh dihidupkan tadi. Tiba-tiba berhenti sebuah teksi di hadapannya.

“Cik, nak ke mana? Saya boleh hantarkan. Waktu macam ni memang susah nak dapat teksi,” ujar pemandu itu dari balik cermin tingkap yang diturunkan.

Tanpa menunggu lama, Suria masuk ke dalam teksi itu. “Hantar saya ke Jalan Murni 2, Taman Murni, ya encik,” ujar Suria sambil melihat keterangan tentang nama dan nombor teksi berhampiran pemandu. Pemandu itu hanya mengangguk.

Keesokan harinya, Suria terbaca tentang pemandu dan teksi yang hilang dua minggu lalu ditemui hari ini. Suria tekun membaca berita online itu.

Sah, mayat dan teksi yang dijumpai itu adalah teksi dan pemandu yang menghantar Suria pulang malam tadi!

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!