Ogos 30, 2023

Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda (atau seseorang yang anda kenali) mungkin seorang yang introvert.

Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda (atau seseorang yang anda kenali) mungkin seorang yang introvert.

  • Terlalu Banyak Bersosial Melemahkan Anda. ...
  • Anda Memerlukan Banyak Masa untuk Diri Sendiri. ...
  • Orang Mungkin Sukar Mengenali Anda. ...
  • Anda Mempunyai Sekumpulan Kecil Rakan Karib. ...
  • Anda Lebih Suka Bekerja Sendirian

INTROVERT merupakan ciri peribadi seseorang yang bersifat instropektif atau lebih gemar menyimpan sesuatu untuk diri sendiri.

Introvert dan extrovert sering dipandang sebagai dua kutub berbeza tetapi sebenarnya tiada orang yang benar-benar memiliki salah satu keperibadian itu.

Dianggarkan 25 ke 40 peratus daripada populasi dunia mempunyai ciri-ciri introvert namun masih ramai orang yang tidak menyedari atau memahami keperibadian itu.

Biasanya orang yang pemalu atau tidak pandai bersosial sering dilabel sebagai introvert. Dalam psikologi, ciri-ciri introvert ini adalah di mana seseorang lebih fokus kepada diri sendiri dalam soal pemikiran, perasaan, berbanding berkongsi dengan dunia luar.

Mereka lebih cenderung berdiam diri daripada berkongsi apa yang dirasakan dengan orang lain. Berikut adalah beberapa tanda individu dengan keperibadian introvert.

1. Rasa 'penat' dalam keramaian

Individu introvert biasanya lebih mudah berasa penat apabila berada dalam sesuatu majlis sosial apatah lagi apabila berada di tempat di mana tiada orang yang dikenalinya.

2. Lebih gemar bersendiri

Sebagai seorang introvert, mereka lebih gemar menghabiskan masa bersendirian dan melakukan perkara yang mereka sukai dalam meningkatkan kembali mood mereka.

Bagaimanapun itu bukan bererti mereka tidak suka dengan kehadiran orang lain tetapi biasanya mereka akan mencari ketenangan sendiri selepas berada dalam kelompok yang ramai.

3. Kelompok kecil kawan

Golongan ini dianggap tidak suka berkawan tetapi sebenarnya mereka lebih gemar mengehadkan kelompok rakan-rakan dalam bilangan yang kecil.

4. Dianggap pendiam dan sukar didekati

Golongan ini biasanya dianggap pendiam dan sukar didekati namun sebenarnya mereka tidak gemar membuang tenaga dengan bercakap perkara tidak penting.

5. Suka memerhati

Introvert lebih suka belajar melalui proses pemerhatian dengan melihat sesuatu tugas dilakukan dan meniru cara tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut