Pokok Chaya (Cnidoscolus aconitifolius) merupakan sejenis pokok daripada keluarga Euphorbiaceae yang berasal dari Semenanjung Yucatan di Mexico. Pokok yang juga dikenali dengan panggilan pokok ajinomoto mudah dikenali melalui ciri-cirinya yang unik iaitu daunnya seperti betik, tapi batang seperti batang ubi. Pokok ini juga dikenal sebagai pokok lateks kerana mengandungi lateks berwarna putih. Pokok Chaya boleh mencapai ketinggian sehingga 6 meter.
Pokok Chaya menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk tujuan seperti mencegah diabetes, menurunkan paras kolesterol, melancarkan peredaran darah, merawat insomnia, memerangi artritis, dan mencegah anemia. Daunnya juga dianggap berfaedah untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak.
Sebagai tambahan, daun Pokok Chaya mempunyai kandungan zat besi yang dua kali lebih tinggi berbanding bayam. Selain itu, daun pokok ini juga kaya dengan Vitamin A dan C. Namun, daun Chaya tidak boleh dimakan mentah kerana mengandungi hidrosianik glikosida, sebatian toksik yang boleh membahayakan tubuh manusia. Untuk menikmatinya dengan selamat, anda perlu memasak daunnya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengurangkan kandungan toksik.
Selain digunakan untuk tujuan perubatan, Pokok Chaya juga digunakan dalam masakan. Daunnya dimasak bersama lemak untuk menghasilkan gulai yang sedap dan lembut. Menariknya, rasa daun ini berbeza daripada pucuk ubi biasa kerana tidak pahit. Daunnya tidak perlu direbus terlebih dahulu dan tidak akan mengeluarkan warna hijau klorofil seperti pucuk ubi kayu. Batangnya juga lembut dan boleh dimakan. Anda juga boleh mencuba memasaknya dengan cicah sambal belacan untuk menambahkan rasa.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!