Muhasabah, setakat mana Amal Soleh kita buat masa sekarang, bagaimana solat kita, sikap kita terhadap Ibu Ayah, kawan-kawan, jiran dan orang sekeliling. Dengan amal kita selama ini, agaknya layakkah kita ke Syurga Allah SWT.
Mohonlah sungguh-sungguh agar Allah ambil nyawa kita ketika kita sedang melakukan amal kebaikan, bukan ketika sedang melakukan dosa dan maksiat, nauzubillah. Sesungguhnya, malaikat maut tak pernah salah alamat, kematian kita semakin dekat…maka, segera taubat, jangan sampai terlewat.
Tak terbayang saatnya tika diri ini bakal menghadapi saat itu, ketika tempoh hayat umur kehidupan makin pendek, derita dengan penyakit yang ada ketika itulah teringat akan kematian yang bakal menjemput. Ketika Allah ingin menjemput tidak cepat tidak lambat ia tepat pada masanya.
Ketika ditanya kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, “Kenapa engkau masih hidup hari ini?” Maka Imam Al-Ghazali menjawab, “Sebab dosaku masih banyak dan Allah izinkan aku untuk bertaubat.”
Allahu Akbar, dengan kehidupan dan nafas yang masih tersisa ini, moga Allah ampunkan segala dosa dan kesilapan yang lalu dan ringankan kita untuk terus melazimi taubat dan istighfar.
Amalkan doa yang diucap Rasulullah SAW ketika menghadapi sakaratul maut, moga Allah bantu kita hadapi saat kematian.
Boleh juga diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak, sunnah dibacakan doa ini lalu disapukan air ke wajah dan anggota badannya. Moga dapat menyejukkan dan meringankan rasa panas menghadapi sakaratul maut.
Kredit Ustazah Asma' binti Harun
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!