Ucaplah syukur...

Ucaplah syukur untuk setiap kegembiraan.
Kerana disitu Allah hadirkan kebahagiaan.

Ucaplah syukur untuk setiap penderitaan.
Kerana disitu Allah hadirkan kesabaran.

Minta dari Allah ketenangan hati dan kedamaian jiwa, baik disaat hati sedang bahagia mahupun duka.

Kerana hanya hati yang tenang mampu tersenyum menyambut suka mahupun duka yang berkunjung tiba.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..
Bimbinglah kami insan yang lemah ini, terangilah hati kami yang kelam dengan iman dan hidayah-Mu, lindungilah, kasihilah, bahagiakanlah kami semua di dunia dan diakhirat nanti.

Serta permudahkanlah setiap urusan langkah kami  di dunia ini dan jadikanlah kami insan yang baik sesuai dengan kehendak-Mu.

Aamiin 

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”