Langkau ke kandungan utama

Ibu kenapa kita kena sayang Allah, tapi kita tak nampak pun Allah?

 "Ibu kenapa kita kena sayang Allah, tapi kita tak nampak pun Allah. Macam mana nak tahu Allah tu betul-betul wujud?" Tanya si anak. Hatinya meronta-ronta inginkan jawapan. 


"Eh soalan apa ni? Istighfar sekarang! Apalah tanya soalan bukan-bukan. Sekali lagi tanya, ibu cubit!" Balas si ibu. Baginya inilah jawapan terbaik buat masa sekarang. Baginya anaknya terlalu kecil untuk memahami kalau diterangkan pun. 

Pernah tak anak-anak yang sedang membesar tanya soalan berkenaan tauhid kepada kita? Lalu, apa pula respon kita terhadap soalan anak-anak berkenaan tauhid tu?


Silap besar kalau ibu-bapa memberi respon macam dialog diatas. Sepatutnya, ibu bapa kena raikan soalan anak-anak. Bila mana anak-anak dah mula tanya soalan berkenaan tauhid, berkenaan Allah itu maknanya satu petanda yang sangat bagus!


Maksudnya, mereka adalah anak-anak yang suka berfikir dan sedang dalam fasa untuk mengenali tuhannya. Jangan dicantas keinginan mereka untuk mengenali penciptanya. Keinginan untuk mengenali pencipta adalah fitrah buat semua manusia. 


Lalu, inilah waktu yang agak 'crucial' pada ibu bapa. Inilah peluang dan fasa terbaik untuk ibu bapa membumikan ilmu tauhid kepada anak-anak. Terapkan kecintaan kepada Allah.


Persoalan yang paling besar ialah, apakah cara yang paling mudah untuk menerapkan elemen tauhid kepada mereka? Dan kaedah apa yang paling berkesan?


Antara cara yang paling popular ialah, menerapkan elemen tauhid melalui penceritaan terhadap alam sekeliling (ciptaan Allah). 


Lazimnya, anak-anak sangat suka mendengar cerita. Jadi, ambillah peluang sebelum tidur untuk bercerita bersama anak-anak mengenai tauhid, mengenai keesaan Allah. 


Fakta menunjukkan, kanak-kanak yang sering dibacakan buku atau dipanggil “read-aloud” sebelum usia 3 tahun, IQ mereka 1.5 kali ganda lebih baik dari anak yang tidak dibacakan buku.


Oleh itu, selain kita ceritakan kisah dongeng putera raja kepada anak-anak, jangan lupa ceritakan sekali tentang tauhid kepada mereka.


Inilah nilai yang paling utama untuk diajar kepada anak - anak dari usia awal :)


Nilai mengenal siapa penciptanya 


Ceramahustazdanustazah 


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

Ulasan

Sakit Kepala Belakang & Tengkuk Berat Rupanya Tekanan Darah Tinggi – Kisah Benar Tentang Hipertensi Dan Pembengkakan Jantung

Sakit Kepala Belakang & Tengkuk Berat Rupanya Tekanan Darah Tinggi – Kisah Benar Tentang Hipertensi Dan Pembengkakan Jantung Pada mulanya dia hanya merasakan bahagian belakang kepala sering berkedut dan leher terasa sakit. Kerana gejalanya sama seperti selsema biasa, dia hanya membeli ubat di kedai, berehat seketika, kemudian meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Hari demi hari keluhannya semakin ketara. Badan mula mudah letih, dada terasa tidak selesa, nafas menjadi pendek dan jantung sering berdebar-debar tanpa sebab yang jelas. Sehingga akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Namun hasil pemeriksaan itu benar-benar mengejutkan dirinya. Tekanan darahnya terlalu tinggi dan doktor memaklumkan bahawa keadaan tersebut telah memberi kesan kepada jantung sehingga berlaku pembengkakan jantung. Menurut doktor, hipertensi atau tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh menyebabkan jantung bekerja terlalu keras setiap hari. Lama-kelamaan otot ja...

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati Ayah pergi membeli roti. Ketika itu, Aiman masih kecil. Dia berdiri di hadapan rumah sambil melambai tangan. Dalam fikirannya yang polos, ayah pasti akan pulang seperti biasa. Namun roti tidak sampai. Dan ayah juga tidak kembali. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Akhirnya dua puluh tahun berlalu tanpa khabar yang benar-benar mengubat kehilangan. Sepanjang tempoh itu, ibulah yang menjadi tulang belakang keluarga. Setiap hari beliau bekerja membersihkan pejabat dengan gaji yang kecil. Ada masa-masanya, beliau terpaksa memilih antara membeli beras untuk makan malam atau membeli buku teks untuk pendidikan anaknya. Namun seorang ibu jarang mengalah. Beliau memilih untuk terus berjuang. Hasil pengorbanan itu, Aiman berjaya menamatkan pelajaran dan menjadi seorang arkitek yang dihormati. Kejayaan pertama yang ingin dikongsi bukanlah kereta mewah atau kehidupan yang serb...

PENTINGKAH FOLLOWER SESEBUAH BLOG?

Pentingkah Follower Sesebuah Blog? | #JMBELOG Refleksi Dunia Blogging PENTINGKAH FOLLOWER SESEBUAH BLOG? Refleksi dunia blogging dari sudut jiwa, bukan sekadar angka #JMBELOG | Catatan Reflektif Kehidupan & Penulisan Dalam dunia blogging, ramai yang mengejar satu perkara — follower . Seolah-olah jumlah pengikut menjadi ukuran utama kejayaan sesebuah blog. Namun persoalannya, adakah benar follower itu segalanya? Follower: Angka atau Makna? Dari sudut pandang luar, follower sering dilihat sebagai tanda populariti. Semakin ramai pengikut, semakin “bernilai” sesebuah blog itu kelihatan. Tetapi hakikat dunia penulisan tidak semudah itu. “Tidak semua yang ramai itu bermakna, dan tidak semua yang sedikit itu kosong.” Ada blog yang tidak ramai pengikut, tetapi setiap tulisannya dibaca dengan perlahan, difahami dengan hati, dan tinggal lama dalam ingatan pembaca. D...

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama Hari ini, mesin ATM menjadi antara teknologi yang paling dekat dengan kehidupan manusia. Daripada pengeluaran wang sehinggalah kepada pemindahan dana, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Namun di sebalik kemudahan ini, terdapat sejarah panjang yang ramai tidak tahu. Siapa Pencipta Mesin ATM? Mesin ATM moden pertama diperkenalkan pada 27 Jun 1967 di London, England. Pencipta yang sering dikreditkan dalam pembangunan ATM moden ialah John Shepherd-Barron , seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat De La Rue. Mesin tersebut dipasang di sebuah cawangan Barclays Bank di Enfield, London dan dianggap sebagai ATM pertama yang digunakan oleh orang awam. Ciptaan ini mengubah cara manusia mengakses wang mereka tanpa perlu berurusan di kaunter bank. Menurut sejarah, idea ATM tercetus apabila John Shepherd-Barron memikirkan satu cara untuk membolehkan pelanggan mengeluarkan...