Pages

Ogos 17, 2023

Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat

Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat

BIASANYA almari pakaian mengalami masalah timbul kulat pada bahagian dinding serta barangan di dalamnya.

Jika pakaian terperuk terlalu lama, masalah tahi lalat pada pakaian serta bau yang kurang menyenangkan juga akan berlaku.

Tahukah anda bahawa puncanya adalah kerana peredaran udara yang kurang memuaskan dalam almari menyebabkan keadaan di dalamnya lembap.

Jadi untuk menyelesaikan masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi Facebook Bezerra Good Tips ini membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat serta pewangi


Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat
Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat© Provided by SinarPlus

Caranya;

1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.

2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan dua sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.

3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.

4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.

5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.

Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.

Selain itu, ini mungkin menjadi air freshner anda yang paling murah dan berkesan!

Selamat mencuba.

FB Bezerra good Tips | Sinar Plus

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!