Pages

Ogos 26, 2023

TEGURAN KASIH SAYANG BUAT CONTENT CREATOR

TEGURAN KASIH SAYANG BUAT CONTENT CREATOR

Peserta negara Indonesia semalam membaca Surah Luqman ayat 6

‎وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشْتَرِى لَهْوَ ٱلْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍۢ

“Dan ada manusia yang membelanjakan hartanya kepada hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan dirinya dan orang lain dari agama Allah tanpa ilmu”

Ada orang yang Allah murahkan rezekiNya, duitnya seperti hujan yang turun. Tapi dengan duit, dia buat content hiburan yang merosakkan dirinya dan orang lain.

Asalkan tinggi views dan dapat engagement, duit masyuk… Lantaklah apa orang nak kata.

Jika AlQuran sendiri menegur, kita tak nak endahkan, apa lagi lebih tinggi dari Al Quran?

Gunalah bakat kurniaan Allah dengan betul dan menyebarkan kebaikan. Content yang baik, memberi ilmu, memberi nasihat, menyenangkan hati dan mendekatkan orang kepada Allah.

Hidupnya disayang, matinya dikenang.

Ingatlah content yang kita post hari ini, dikongsi ramai orang. Jika kita mati, content itu akan kekal.

Jika content itu baik, bahagialah kita disana. Jika content itu merosakkan ramai orang, menangislah kita disana.

Mohon maaf, teguran kasih sayang buat para content creator. we love u 

Kredit: Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!