Abang burger tersingkir di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 3 ( 06 JANUARI 2022)

Abang burger tersingkir di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 3 ( 06 JANUARI 2022)


Abang burger - Malek Noor

Dato' Haji Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Malek Noor merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali. Beliau pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Wikipedia
Lahir: 9 November 1954 (umur 68 tahun), Batu Pahat

JUMAAT, JANUARI 06 2022

Hari sentiasa berganti dari hari ini menjadi hari esok. Semoga Allah memberkahi, mengampuni dosa di setiap hari dan memberi banyak kebaikan di esok hari dan Hari2 seterusnya

Waktu bergerak cepat. Amal setahun telah tercatat. Kelak semua akan kembali dilihat.

Ya Allah…
Ampuni dosa, 
Jernihkan jiwa
Ijabah segala doa
Bimbing kami sentiasa

Legenda Puteri Qaseh, Drama Bukan Syurga Pilihan, Drama Bawah Blok, Filem Malbatt Misi Bakara, Drama Sekali Aku Bahagia..

Legenda Puteri Qaseh (10 episod) disiarkan mulai 9 Januari, setiap Isnin, 9 malam di Astro Ceria saluran 611 atau strim di Astro GO.

Sinopsis Legenda Puteri Qaseh
Alkisah di kerajaan Kayajaya, seorang gadis kampung yang baik hati menyedari bahawa dia adalah pewaris takhta yang sah dan mesti segera mempelajari adat-istiadat untuk menjadi seorang permaisuri.

***
Drama Bukan Syurga Pilihan (40 episod) akan ditayangkan di slot Tiara Astro Prima bermula 2 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang.

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan
Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu. 

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira. 

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali. 

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu. 

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka.

***
Drama Bawah Blok: Kawan Sejati (13 episode) di slot Lestary TV3, pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam.

Sinopsis Drama Bawah Blok

Mengisahkan 5 orang anak remaja yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan kemelut hidup.

***
Filem Malbatt Misi Bakara akan ditayangkan pada Ogos 2023

Sinopsis Filem Malbatt Misi Bakara
Kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

***
Drama Sekali Aku Bahagia (15 episod) untuk slot Samarinda TV3 (Ramadan 2023)

Berhati-hati bila berkata-kata…

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."

.
.

Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak suka jangan tak suka sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...

Kredit : Fahmi Huzairi / Saya Orang Johor 

Apa yang Rasulullah ﷺ Ajar Tentang Diam?

Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia boleh berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya. Oleh kerana itu, secara jelas Allah Taala berfirman di dalam al Quran :
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
“(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara).” (Rahman:4)

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda;
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (riwayat Bukhari)

Kalimah, “...Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan ke semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” (al-Israk:36)

Dan firman-Nya lagi:
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” (Qaff:18)

Rasulullah saw pernah ditanya tentang siapakah sebaik-sebaik seorang Muslim itu, maka jawab baginda Nabi:
مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“(Mereka) yang memberikan rasa aman kepada saudara Muslim-nya daripada gangguan lisan dan tangannya.” (riwayat Bukhari)

Sebenarnya di sebalik sebuah ucapan itu tersimpan sebuah tanggungjawab besar yang bakal dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh kerana itu, kita harus berwaspada dalam setiap tutur kata, ia boleh sahaja menjadi faktor yang mampu mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Allah, ia juga boleh menyebabkan kecelakaan besar kepada pengungkapnya. Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
“Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredhaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” (riwayat Bukhari)

Terdapat athar menyebutkan:
أَكْثَرُ خَطَايَا ابْنِ آدَمَ فىِ لِسَانِهِ
“Kebanyakan dosa anak-anak Adam itu ada pada lisannya.” (riwayat al-Tabarani)

Apabila Rasulullah saw bersabda:
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam”, ini menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadis ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan Rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua-dua potensi itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk diam pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, ia adalah “Syaitan yang bisu”. Kata Abu Ali al-Daqqaq rhm:
الْمُتَكَلِّمُ بِالْبَاطِلِ شَيْطَانٌ نَاطِقٌ وَالسَّاكِتُ عَنِ الْحَقِّ شَيْطَانٌ أَخْرَسُ
“Orang yang berkata batil adalah Syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari mengatakan kebenaran adalah Syaitan yang bisu.”

Oleh kerana itu, sikap berdiam juga boleh memberikan kesan sampingan yang bermacam-macam dan nilai impaknya mampu memberikan petanda murka daripada Allah Taala. Ada yang dengan diam ia menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam ia menjadi masalah. Semua bergantung kepada niat cara situasi dikendalikan pada diri dan lingkungannya. Kata Imam Ahmad ibn Hanbal di dalam Bayna Mehnah al-Din wa Mehnah al-Dunya:
إذا سكت العالم تقية، والجاهل يجهل، فمتى يظهر الحق
“Kalau diam orang alim kerana taqiyah (playsafe), dan orang jahil terus jahil, maka bilakah kebenaran itu akan tertegak?”

Untuk mencapai kebaikan Islam, seseorang tidak cukup hanya berdiam sedangkan anggota tubuhnya yang lain melakukan hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga harus “diam” yakni meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan diltegah Allah baginya. Rasulullah saw bersabda:
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
“Di antara kebaikan Islam seseorang itu iaitu meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.” (riwayat al-Tirmizi)

Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan untuk menyampaikan tujuan-tujuan komunikasi sesama manusia tidak akan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah, nasihat-nasihat yang membetulkan perjalanan hidup manusia. Manakala, peranan diam pula dijadikan benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia atau yang tiada keperluannya. Diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Apa yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam boleh menjadi kebiasaan efektif yang apabila ia diterapkan dalam diri, ia mampu menjadikan kita lebih produktif. Iaitu membiasakan diam, lebih banyak mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja. Sabda Rasulullah saw:
إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا؛ قِيلَ وَقَالَ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
“Sesungguhnya Allah membenci kalian tentang tiga perkara, iaitu; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, menyia-nyiakan harta dan banyak bertanya (tanpa ada keperluan).” (riwayat Muslim)

1
Hikmah Berdiam
Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. Menjadi perhiasan tanpa berhias. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan. Membina benteng tanpa pagar. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal. Menutupi segala aib dan masalah.

Antara hadis mengenai kelebihan diam diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Hilyat al-Auliya:
وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
“Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya.” (al-Iraqi menyebut bahawa hadis ini dhaif)

Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan, bahkan merupakan akhlak yang mampu mendidik masyarakat awam daripada terjerumus ke dalam lembah kekeliruan yang lebih parah. Rasulullah saw pernah menyatakan kepada Abu Zar ra:
عَلَيْكَ بِطُولِ الصَّمْتِ فَإِنَّهُ مَطْرَدَةٌ لِلشَّيْطَانِ، وَعَوْنٌ لَكَ عَلَى أَمْرِ دِينِكَ
“Hendaknya engkau diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu.” (riwayat al-Baihaqi)

Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz ra, ketika beliau berkata:
إن السابقين عن علم وقفوا، وببصر نافذ قد كفوا، وكانوا هم أقوى على البحث لو بحثوا
“Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salaf al-Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu, mereka memiliki penelitian yang tajam (menembus) namun adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya.” - Bayan Fadhli Ilmi Salaf

2
Diam Juga Boleh Mengundang Fasad
Terdapat dalam sebuah hadis yang berbunyi (terjemahannya), “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman.” (riwayat Muslim) Justeru, tidak mengubah dan mencegah sesuatu kemungkaran adalah tanda tiada iman atau hampir kepada kekufuran. Jika dilihat daripada hadis di atas, Nabi Muhammad saw menggunakan pendekatan yang sangat berhemah dalam mengkategorikan seseorang Muslim itu kepada tiga peringkat. Bagaimanapun, selalu sangat disalah-tafsirkan kategori yang terakhir itu sebagai mendiamkan diri atau tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengubah kemungkaran tersebut. Maka mengatakan kategori yang terakhir dalam melunaskan kerja untuk mencegah kemungkaran sebagai “diam” adalah suatu kesilapan, kerana diam tidak boleh dijadikan ukuran salah atau betul.
3
Mendengar & Melaksanakan Apa yang Baik itu Lebih Utama

Lazimnya, orang yang terlalu banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri-ciri orang cerdik menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain dan melaksanakan apa yang terbaik daripada perkataan itu (al-Zumar:18):
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ


Orang pandai yang suka mengambil perhatian yakni mendengar dengan baik apa yang dikatakan oleh orang lain akan disukai. Sebahagian manusia lebih gemar untuk perkataannya didengar, diambil peduli daripada dia mendengar bicara orang lain. Ada orang yang mempunyai kebiasaan berbicara dahulu, baru berfikir. Kerana itu, diam menunjukkan kekuatan keperibadian seseorang. Kemampuan mendengar adalah kekuatan keperibadian yang luar biasa besarnya. Kata Jaafar al-Sadiq ra:
لِسَانُ الْعَاقِلِ وَرَاءَ قَلْبِهِ، وَقَلْبُ الْأَحْمَقِ وَرَاءَ لِسَانِهِ
“Lisan orang yang berakal itu ada di belakang hatinya, dan hati orang bodoh itu ada di belakang lisannya.”

Orang yang berakal selalu mempertimbangkan terlebih dahulu apa yang akan dilontarkan dalam bicaranya, sedang orang yang bodoh sering memperkatakan apa sahaja yang terlintas di dalam hatinya tanpa memikirkan akibat yang mungkin timbul daripada ucapannya itu. Sebaiknya kita harus benar-benar yakin bahawa apa yang akan disampaikan adalah sesuatu yang sudah difikirkan. Kurangilah perkataan-perkataan yang muncul secara refleks. Biasakanlah diam atau merenung, maka kita akan menjadi produktif dalam hidup. Diam bukan dalam erti kita sama sekali tidak berbicara, melainkan diam dalam erti hanya berbicara jika ada keperluan untuk itu. Ada mekanisme lain juga yang telah ditunjukkan di dalam al Quran :
وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا

“Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (al-Baqarah:83)
فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُواْ لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا

“Berilah mereka dari harta itu (kepada anak-anak yatim) dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Nisa':8)

فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُواْ قَوْلاً سَدِيدًا
“Oleh itu hendaklah bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).” (al-Nisa':9)
أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلاً بَلِيغًا
“Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas dalam jiwanya.” (al-Nisa':63)
وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا

“Dan katakanlah kepada mereka (kedua ibu bapa) perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (al-Israk:23)
فَقُل لَّهُمْ قَوْلاً مَّيْسُورًا

“Maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.” (al-Israk:28)
وَقُل لِّعِبَادِى يَقُولُواْ ٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِنَّ ٱلشَّيْطَـٰنَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ ٱلشَّيْطَـٰنَ كَانَ لِلإِنْسَـٰنِ عَدُوًّا مُّبِينًا

“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku; Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (al-Israk:53)
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Luqman:19)

Al-Quran menunjukkan kepada kita tentang pilihan dalam berbicara, qaulan makrufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidan dan qaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan-perkataan yang baik, tepat dan membekas dalam jiwa. Justeru, mekanisme mana lagi yang lebih baik dibandingkan dengan anjuran menguruskan sebarang perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran?

Famili Duo TV3 Musim Kedua 2022

Famili Duo musim 2 bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3

Tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah :

Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu)
Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik)
Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu)
Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik)
Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu)
Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik)
Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik)

Pengacara:

Program 8 episod ini bakal dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee.

Juri :
Ajai dan Mas Idayu.

MARKAH PESERTA










Keputusan & Persembahan Pusingan Akhir Famili Duo 2022

  • Tempat Pertama : Zaki Yamani & Yamani Abdillah
  • Tempat Kedua : Ayda Jebat & Fyna Jebat
  • Tempat Ketiga : Bella Astillah & Wani Kayrie
  • Tempat Keempat : Naim Daniel & Sissy Imann
Update : 06 Februari 2023

Cuti Umum 2023

Cuti Umum 2023

Sumber : kabinet.gov.my

Kredit : https://kalendarmalaysia.com/ms/public-holidays-2023/

Wadah Terkini