Pages

Januari 05, 2023

Legenda Puteri Qaseh, Drama Bukan Syurga Pilihan, Drama Bawah Blok, Filem Malbatt Misi Bakara, Drama Sekali Aku Bahagia..

Legenda Puteri Qaseh (10 episod) disiarkan mulai 9 Januari, setiap Isnin, 9 malam di Astro Ceria saluran 611 atau strim di Astro GO.

Sinopsis Legenda Puteri Qaseh
Alkisah di kerajaan Kayajaya, seorang gadis kampung yang baik hati menyedari bahawa dia adalah pewaris takhta yang sah dan mesti segera mempelajari adat-istiadat untuk menjadi seorang permaisuri.

***
Drama Bukan Syurga Pilihan (40 episod) akan ditayangkan di slot Tiara Astro Prima bermula 2 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang.

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan
Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu. 

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira. 

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali. 

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu. 

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka.

***
Drama Bawah Blok: Kawan Sejati (13 episode) di slot Lestary TV3, pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam.

Sinopsis Drama Bawah Blok

Mengisahkan 5 orang anak remaja yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan kemelut hidup.

***
Filem Malbatt Misi Bakara akan ditayangkan pada Ogos 2023

Sinopsis Filem Malbatt Misi Bakara
Kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

***
Drama Sekali Aku Bahagia (15 episod) untuk slot Samarinda TV3 (Ramadan 2023)

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!