Bukan mudah tersenyum ketika hati menangis tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itulah kasih dari Ilahi.
Bukan mudah bangkit dalam keadaan tersungkur, tapi akan terasa indah ketika kita menyedari Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya.
Bukan mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekecewaan, tapi akan terasa indah ketika menyedari kita masih mampu memberi bahagia kehidupan pada orang lain.
Bukan mudah memaafkan ketika diri dibenci dan dihina, tapi akan terasa indah apabila menyedari itu sebahagian dari penyucian dosa sendiri.
Bukan mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya, tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan.
Bukan mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan, tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk mengawali kebahagiaan.
Bukan mudah menghilangkan duka kerana kehilangan tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah kurniaan dari kebahagiaan yang hanya pinjaman semata.
Selagi dunia ini masih berputar,
Selagi hayat ini masih dikandung badan,
Selagi menyedari hidup ini hanya sekadar persinggahan sementara.
Maka, selagi itulah kesedihan dan kebahagiaan akan datang silih berganti.
Ya Rabbi ..
Alangkah indahnya jika itu meresap ke jiwaku ini, jiwaku dahaga dalam kerinduan pada-Mu.
Alhamdulillah
Bukan mudah...
Related Posts
- Pengasas chatGPT?
- Pengajaran dari Perang Badar
- Punca utama berlakunya Perang Badar
- KOLEKSI BAHASA ORG UTARA YANG KITA DOK GUNA
- Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.
- Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 9.2 Juta Kutipan Dalam Dua Hari Tayangan
Related Posts
- Empat amalan perlu dilakukan oleh seorang mukmin untuk dijauhi kemalangan dan musibah (dengan izin Allah)
- Selawat murah rezeki
- Gerbang Lod di Palestin, Nabi Isa skan membunuh dajjal..
- VIDEO : FILEM KISAH NABI MUHAMMAD LAHIR SEHINGGA BELIAU WAFAT
- undefined
- DOA YANG TIDAK BOLEH DITINGGALKAN DI AKHIR ZAMAN.
- Peta Kehidupan Seorang Manusia

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.