Pages

Januari 08, 2023

Andai Itu Takdirnya, Escape, Bukan Hanya Sekadar Cinta...

Drama Andai Itu Takdirnya 1 & 2 (60 episod) akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria pada bulan Ramadan nanti. (Isnin-Khamis, 10:00 malam)

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas? 

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi? 

Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

***
Filem Escape tayang di pawagam bermula 5 Januari 2023.

Sinopsis Escape

Mengisahkan Adam yang dikurung oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Adam akan dibebaskan hanya jika beliau memberikan lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya sebelum ini.

Namun yang menjadi masalah sekarang, Adam tidak mampu untuk mengingati apa-apa kerana mengalami Amnesia. Keadaan bertambah rumit apabila beliau mula menyedari bahawa orang yang mengurungnya bukan pihak berkuasa yang sebenar. Mereka adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi cip senjata tersebut untuk melancarkan agenda jahat mereka.

Masa semakin suntuk, keselamatan dunia semakin terancam, Adam harus membebaskan dirinya sebelum terkubur di dalam bilik misteri itu buat selama-lamanya.

***
Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta (28 episod) akan menemui penonton di slot Akasia TV3.

Sinopsis Bukan Hanya Sekadar Cinta

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.

Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.

Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.

Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.

Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!

“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.

Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.

Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.

Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.
Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!