Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis.
Kehidupan Zuhal (Beto Kusyairy) menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur-baur.
Ini ditambah lagi dengan kehadiran perempuan misteri iaitu Nur (Diana Danielle) yang membuatkan dia tidak tahu apa realiti dan fantasi.
***
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah (28 episod) akan disiarkan di slot Akasia TV3 ( februari 2023)
Raisya Hanna, seorang gadis yang dimangsai oleh fitnah manusia lantaran sifat cemburu dan iri hati. Angkara kejadian tersebut telah melontar jauh Raisya Hanna terdampar di sebuah sudut sepi dan dingin di pinggiran pergunungan Kinabalu. Pertemuan kembali dengan lelaki yang dianggap penghancur kehidupan silamnya telah membina kembali sebuah sinar baru namun Raisya Hanna menganggapnya sebagai sebuah pembalasan dendam semata mata. Sejauh manakah ikatan cinta atas landasan dendam itu dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa?
***
Filem Imam akan datang di pawagam pada 2 Mac 2023.
Mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Haji Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.
***
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang akan tayang di pawagam pada 2 Februari 2023.
Kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.
Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.
***
Drama Akira Khan (28 episod) ditayangkan bermula 18 Januari 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di slot Megadrama saluran Astro Ria dan strim di Astro GO.
Kisah seorang wanita Pakistan bernama Akira yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden.
Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereka terpaksa berpisah atas masalah keluarga.
Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.
Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Berbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka.
Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?
***
Telefilem Rajuk Rokiah akan disiarkan pada 21 Januari ini, Sabtu jam 9 malam di TV1.
Mengisahkan Rokiah yang stress dengan sikap suaminya yang bersikap ego dan sukar memberi perhatian terhadap dirinya. Rokiah merajuk lalu membuat keputusan untuk tinggal di rumah anaknya. Sepanjang ketiadaan Rokiah, barulah suaminya merasa kehilangan dan rindu pada Rokiah. Untuk memujuk Rokiah pulang, suaminya telah merancang sesuatu yang istimewa untuk Rokiah.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!