JANUARI 08 2023 (Doa Kita Hari Ini)

Doa Kita Hari Ini..

Ya Allah, Kau izinkan kami bernafas lagi di bumi-Mu ini. Syukur dan puji kami hanya untuk-Mu. 

Bantulah kami mengharungi cabaran-Mu hari ini.

Jangan biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang telah Engkau berikan.

Dan jangan biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan yang telah Engkau takdirkan.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu Ya Allah..

Berikan kami iman yang sempurna,
ilmu yang memberi manfaat,
rezeki yang halal, rakan-rakan yg baik,
Anak2 yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang baik dan berterusan,
hutang yang terbayar,
keselamatan & kesejahteraan di dunia & akhirat..

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini