Johan tilawah kebangsaan cipta rekod qari OKU pertama

Kategori 1 hingga 10 juzuk berserta tarannum pula diungguli hafiz dari Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Shari dan hafizah dari Melaka, Siti Nabilah Zamri.
Terdahulu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang turut menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
MTHQK berlangsung enam hari di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA), Arena Butterworth, di sini, dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun lalu dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.

Mesti anda tertanya kenapa di biskut ada lubang kecil-kecil?
-penmerah
sumber : Sibersensasi
Boleh letak balik pula...
Sumber: Facebook
Tak Sangka Nombor 52 Pun Tersenarai Dalam Nama Sekolah Paling Unik
Cuti, manjakan kesayangan
Lirik Lagu Pergilah Cinta - Danial Kifli
pengasas Sifu Lentik telah kembali ke rahmatullah
Innalillahiwainnailaihirojiun
Muhd Irfan Abdullah atau lebih dikenali sebagai pengasas Sifu Lentik telah kembali ke rahmatullah petang tadi dan selesai dikebumikan kira-kira jam 10 malam tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman
Cukuplah kematian itu menjadi satu peringatan
Semoga menjadi pelajaran bagi kita untuk terus bersiap sebelum pergi meninggalkan dunia yang fana.
Makin bertambah umur, makin banyak yang pergi meninggalkan kita, tak pandang yang meninggal itu tua ataukah muda.
Semakin tinggi kualiti imannya, semakin berat pula ujiannya.
Yakinlah, setiap ujian itu membuat kita menjadi lebih kuat.
Percayalah, Allah ﷻ itu Maha Baik. Ujian dan musibah tanda cinta Allah ﷻ.
Hal yang patut difahami setiap manusia beriman, bahawa cubaan yang datang kepada kita kadang merupakan cara Allah untuk meninggikan darjat seorang muslim disisi-Nya dan tanda bahawa Allah ﷻ semakin menyayanginya dan peduli kepadanya.
Semakin tinggi kualiti imannya, semakin berat pula ujiannya.
WORDLESS WEDNESDAY | JUNE 14 2023
Lubang ini tidak mengira pangkat atau darjat...
Kita semua pasti akan ke sini suatu hari nanti...
Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT...
Tenang, Allah kan ada. - Ustaz Hanafi Malek
Hidup adalah perjuangan.
Perjuangan untuk taat pada Allah.
Bekerja kerana Allah,
Menuntut ilmu kerana Allah,
Makan kerana Allah,
Berhijrah kerana Allah,
Jadi orang baik kerana Allah,
Saling berpesan kerana Allah.
Buat apa yang Allah suka.
Jauhkan diri dari perkara tercela.
Buat apa yang Allah suka.
Tinggalkan apa yang Dia larang.
Itulah tanda adanya cinta pada Allah yang Menguasai segala urusan hidup kita.
Tenang..., Allah kan ada.
#UstazHanafiMalek
[PENGUMUMAN] HEBAHAN PEMBUKAAN FASA PERMOHONAN PPRN 2.0 TAHUN 2023
[PENGUMUMAN] HEBAHAN PEMBUKAAN FASA PERMOHONAN PPRN 2.0 TAHUN 2023
Adalah dimaklumkan fasa permohonan geran inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) telah dibuka bagi Fasa 2/2023 mulai 13 Jun 2023 hingga 14 Julai 2023.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut epprn.mohe.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat PPRN di talian 03-8870 6000 (samb. 4862/5100).
Universiti Terbaik di Malaysia 2023
Universiti Terbaik di Malaysia 2023
Universiti Malaya (UM): Universiti Malaya terus menjadi salah satu universiti terbaik di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Menawarkan program-program pelbagai bidang seperti Sains, Sains Sosial, Perubatan, Perniagaan, Kejuruteraan, dan banyak lagi. Universiti Malaya mempunyai reputasi yang kukuh dalam penyelidikan dan pengajaran yang berkualiti tinggi
Universiti Putra Malaysia (UPM): Universiti Putra Malaysia adalah universiti yang terkemuka dalam bidang pertanian, sains haiwan, dan sains alam sekitar. Selain itu, UPM juga menawarkan program-program dalam bidang perniagaan, kejuruteraan, sains kesihatan, dan sains sosial. Universiti ini terkenal dengan infrastruktur moden dan penekanan yang diberikan kepada penyelidikan inovatif.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Universiti Kebangsaan Malaysia adalah universiti pengajar terunggul yang menekankan kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan. UKM menawarkan pelbagai program di pelbagai bidang termasuk sains sosial, sains hayat, kejuruteraan, perubatan, dan lain-lain. UKM juga mementingkan kepelbagaian budaya dan kesusasteraan.
Universiti Sains Malaysia (USM): Universiti Sains Malaysia merupakan universiti yang menumpukan kepada keunggulan dalam sains dan teknologi. Menawarkan program-program berkualiti tinggi dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan, dan sains sosial. USM dikenali dengan penekanannya terhadap inovasi dan penciptaan ilmu pengetahuan yang relevan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Universiti Teknologi Malaysia adalah universiti terkemuka dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Ia menawarkan program-program kejuruteraan yang berprestij serta program dalam bidang sains sosial, senibina, perniagaan, dan pengurusan. UTM juga mempunyai hubungan rapat dengan industri dan memberikan penekanan kepada latihan praktikal pelajar.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah universiti terkemuka dalam bidang pengajian Islam dan sains sosial. Ia menawarkan program-program pelbagai bidang termasuk undang-undang, perubatan, sains kesihatan, pengurusan, dan komunikasi. UIAM dikenali dengan pendekatan holistik yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai Islam.
Universiti Teknologi MARA (UiTM): Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah universiti terbesar di Malaysia dengan kepelbagaian program dan kampus di seluruh negara. Ia terkenal dengan program-program perniagaan, kejuruteraan, seni dan reka bentuk, sains kesihatan, dan lain-lain. UiTM memberi penekanan kepada keusahawanan dan pembangunan kemahiran untuk mempersiapkan pelajar untuk dunia pekerjaan.
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN): Universiti Tenaga Nasional adalah universiti yang mengkhususkan diri dalam bidang tenaga dan kejuruteraan. Ia menawarkan program-program berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik, pengurusan tenaga, dan lain-lain. UNITEN mempunyai reputasi yang baik dalam penyelidikan dan kerjasama industri.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS): Universiti Malaysia Sarawak terletak di Borneo Timur dan menawarkan program-program dalam pelbagai bidang termasuk sains sosial, sains hayat, sains kesihatan, seni dan reka bentuk, dan lain-lain. UNIMAS mempunyai kepakaran dalam kajian alam sekitar, pengurusan hutan, dan budaya tempatan.
Universiti Utara Malaysia (UUM): Universiti Utara Malaysia terkenal dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Ia menawarkan program-program pelbagai bidang termasuk perakaunan, pemasaran, pengurusan sumber manusia, kewangan, dan lain-lain. UUM dikenali dengan kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan dalam bidang perniagaan.
Sumber: Portal Semakan
Berzikir dengan jari antara sunnah Nabi.
Sekarang ada ada macam-macam alat untuk berzikir juga diharuskan. Apa yang penting jangan berhenti berzikir ya.
Dari Abdullah ibn Amr ibn radhiyallahu ‘anhuma, dia menceritakan,
رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يعقدهن بيده
“Saya lihat, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengira zikirnya dengan tangannya.” (HR 6498 dan dihakimi oleh Syuaib Al-Arnauth).
Kemudian dari seorang sahabat perempuan, Yusairah radhiyallahu ‘anha, dia berkata,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menasihatkan kami (para sahabat wanita),
يا نساء المؤمنين, عليكن بالتهليل والتسبيح والتقديس, ولا تغفلن فتنسين الرحمة, واعقدن بالأنامل فإنهن مسئولات مستنطقات
“Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil, mensucikan nama Allah. Janganlah kalian lalai, sehingga melupakan rahmat. Hitunglah dengan jari-jari kalian, karena semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara.”
(HR. Ahmad 27089, Abu Daud 1501, Turmudzi 3583, dan sanadnya dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani).
#infografikdakwah
Innalillah, Ibu Pelajar Cemerlang 11A SPM Meninggal Dunia...
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi.
Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira-kira jam 8 malam.
Muhammad Syahril mendapat keputusan cemerlang 11A dalam SPM yang diumumkan pada Khamis walaupun perlu menjaga ibunya yang sakit.
Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah disebabkan perlu menjaga ibunya yang tidak sihat disebabkan menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019.
Berat dugaan adik Syahril. Alfatihah 🤲🏻, Salam takziah buat seisi keluarga.
Sumber: BH Online











