Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi.
Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira-kira jam 8 malam.
Muhammad Syahril mendapat keputusan cemerlang 11A dalam SPM yang diumumkan pada Khamis walaupun perlu menjaga ibunya yang sakit.
Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah disebabkan perlu menjaga ibunya yang tidak sihat disebabkan menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019.
Berat dugaan adik Syahril. Alfatihah 🤲🏻, Salam takziah buat seisi keluarga.
Sumber: BH Online
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!