Jun 19, 2023

Celur air panas je tak cukup, ini kaedah terbaik cara nak hilangkan rasa kapur MI KUNING...

DALAM pembuatan mi kuning, terdapat bahan beralkali disebut sebagai natrium karbonat yang digunakan untuk menambah baik tekstur supaya tahan lebih lama.

Selain natrium karbonat, ada sesetengah pengeluaran mi juga menggunakan natrium hidroksida yang sama fungsinya.

Penggunaan natrium karbonat dan natrium hidroksida inilah yang kadangkala boleh menyebabkan mi berasa pahit, kelat atau berkapur.

Bagi ramai orang, rasa pahit itu boleh menyebabkan potong ‘mood’ seseorang untuk menikmati mi yang biasanya digoreng atau dicampur ke dalam makanan berkuah.

Terdapat dua kaedah boleh dilakukan untuk hilangkan rasa kapur pada mi seperti yang dikongsikan portal hellodoktor.

1. Rebus

Merebus mi dengan air mendidih boleh membantu mengeluarkan sisa dan lebihan natrium karbonat yang mungkin ada pada mi.

Kaedah ini bukan sahaja menjadikan mi lebih sedap, lembut malah tiada rasa kapur.

2. Gula

Tabur gula putih atau gula perang ke dalam mi direndam dalam bekas berisi air selama 10 minit.

Toskan dan bilas mi tersebut untuk hilangkan rasa manis.

Ketahuilah, kaedah mencelur mi dengan air panas bagi tujuan menghilangkan rasa kapur tidak memadai.

Namun status gred makanan tersebut selamat untuk dimakan, penggunaan natrium hidroksida berlebihan dalam pembuatan makanan boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan.

Sebelum ini seorang pempengaruh di TikTok, Aliabangs, turut menunjukkan kaedah sama menggunakan gula untuk hilangkan rasa kapur pada mi menerusi hantaran video dibuat yang menjadi tular.

sumber:  negaramerdeka

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!