Pages

Jun 21, 2023

Aplikasi pengangkutan serta penghantaran makanan bakal mengurangkan 1,000 pekerja.

Syarikat Grab Holdings yang berpangkalan di Singapura dan  mengawalselia aplikasi pengangkutan serta penghantaran makanan terkemuka di Asia Tenggara bakal mengurangkan 1,000 pekerja atau 11% daripada tenaga kerjanya.

Memetik laporan Bloomberg, Dalam surat yang dihantar kepada pekerjanya lewat hari Selasa, ketua eksekutif Anthony Tan berkata rancangan pemberhentian ini merupakan yang terbesar pernah dilakukan oleh Grab sejak permulaan wabak.


Tambahnya lagi, keputusan ini bukanlah “jalan pintas kepada keuntungan” tetapi sebagai penyusunan semula strategi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang kini mula berubah.


“Perubahan tidak pernah sepantas ini. Teknologi seperti AI generatif (kecerdasan buatan) berkembang pada kelajuan yang sangat pantas. Kos modal telah meningkat, secara langsung memberi kesan kepada landskap persaingan,” kata Tan dalam surat itu.


“Kami mesti menggabungkan skala kami dengan pelaksanaan pantas dan kepimpinan kos, supaya kami boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih mampu milik secara mampan dan memperdalamkan hubungan kami kepada orang ramai.”


Tan berkata walaupun tanpa pemberhentian, Grab telah menguruskan kos dan sepatutnya mencapai sasaran pulang modal bagi Ebitda pelarasan kumpulan (pendapatan sebelum faedah, susut nilai dan pelunasan) tahun ini.



Grab diasaskan pada 2012 dengan menawarkan penghantaran, servis tumpangan dan perkhidmatan kewangan di lapan negara Asia Tenggara antaranya termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Walaupun Grab menerajui pasaran pengangkutan dan penghantaran di Asia Tenggara, ia masih belum berjaya merekodkan keuntungan disebabkan perbelanjaan untuk memastikan pertumbuhan serta saingan daripada saingan daripada beberapa syarikat termasuk GoTo Group of Indonesia.


Saham Grab telah merosot kira-kira 70% sejak membuat kemunculan di pasaran sahamnya New York pada penghujung tahun 2021.


Untuk rekod, keputusan yang diambil oleh Grab ini juga adalah langkah yang sama dibuat oleh syarikat teknologi Indonesia itu. Ia telah menjalani pemotongan kos yang besar, termasuk mengurangkan 12% tenaga kerjanya pada 2022. Ia memberhentikan 600 kakitangan bermula Mac tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif yang akan datang merancang untuk mengetuai syarikat itu hanya buat sementara waktu dan berhasrat untuk berhenti selepas berjaya meningkatkan keuntungan, sumber memberitahu Reuters minggu lepas.

Sumber: vocket

 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!