آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرب العالمين..
Masa terus berlalu.
Hari terus berganti.
Setiap saat.
Setiap nafas.
Usia semakin meningkat.
Ajal semakin hampir.
Tanah kubur semakin dekat.
Namun..
Hari demi hari hati semakin jauh dari Allah.
Manusia makin leka dalam keasyikan duniawi.
Manusia makin hanyut dalam fatamorgana.
Manusia makin terpesong dari AL Haq.
Satu saat semuanya akan lenyap.
Satu detik segalanya akan hancur.
Satu waktu kenikmatan dunia akan ditinggalkan..
Satu ketika keasyikan duniawi akan terhenti.
Yang masih bernafas akan menyambung hidup mengejar dunia ...
Yang dah mati akan bertemu alam kubur …
Sesungguhnya …
Dunia ini hanyalah satu tempat persinggahan dan kesempatan untuk kita menyediakan bekalan hidup di akhirat.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”