Pages

Jun 24, 2023

Kertas Putih Kesihatan

Reformasi sistem kesihatan negara telah menggariskan 5 Aspirasi yang ingin dicapai dalam tempoh 15 tahun iaitu negara yang sihat, sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh semua, sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat, sistem kesihatan yang berdaya tahan dan ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif. 

Oleh itu, sama-samalah kita menyokong Kertas Putih Kesihatan agar aspirasi tersebut dapat dicapai demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan. _KKM


5 ASPIRASI SISTEM KESIHATAN NEGARA DALAM KERTAS PUTIH KESIHATAN:

1. NEGARA YANG SIHAT.
*Sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif agar rakyat kekal sihat dan sejahtera.

2. SISTEM KESIHATAN YANG DIHARGAI DAN DIBANGGAKAN OLEH SEMUA
*Sistem kesihatan negara yang disayangi rakyat kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik sehingga rakyat merasa keempunyaan terhadapnya.

3. SISTEM KESIHATAN YANG SAKSAMA DAN BERPAKSIKAN RAKYAT
*Sistem kesihatan yang saksama dan bertumpukan kepada keperluan kesihatan individu di mana rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti, memenuhi keperluan beban penyakit dan lebih dekat dengan komuniti.

4. SISTEM KESIHATAN YANG BERDAYA TAHAN
*Sistem kesihatan yang lestari dan dapat menghadapi cabaran kesihatan masa kini dan akan datang.

5. EKOSISTEM KESIHATAN YANG TERBUKA DAN INOVATIF
*Sistem kesihatan yang memanfaatkan teknologi dan inovasi terkini dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan supaya lebih tepat, efisian dan berkesan.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!