Jun 28, 2023

Memahami Bacaan Tekanan Darah: Panduan dan Petua Mengukurnya

Apa Itu Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)?

Hipertensi adalah tekanan darah tinggi , di mana tekanan darah anda lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah kita berubah dalam sehari bergantung kepada aktiviti harian kita. Walau bagaimanapun, mempunyai tekanan darah tinggi boleh menjadi tanda sesuatu yang tidak menyenangkan: tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh membawa kepada risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi seperti serangan jantung atau strok. Di Malaysia, 3 daripada 10 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas disahkan menghidap hipertensi. Ini boleh dicegah jika lebih ramai rakyat Malaysia menyedari bacaan tekanan darah optimum mereka.

Tekanan darah ialah “tekanan darah menolak dinding arteri”. Ianya diukur dalam unit milimeter merkuri (mmHg). Tekanan darah yang normal seseorang individu biasanya mempunyai bacaan kurang daripada 120/80 mmHg.

Ringkasan Bacaan Tekanan Darah

Sekiranya anda tidak biasa dengan maksud disebalik tekanan darah anda, perimeter ringkas ini boleh membantu anda untuk memahaminya dengan pantas.

Katakan anda mempunyai bacaan 120/80 mmHg. Nombor pertama adalah tekanan darah sistolik yang mengukur tekanan di dalam salur darah setiap kali jantung anda berdegup. Nombor kedua pula mewakili tekanan darah diastolik iaitu tekanan di dalam arteri apabila jantung berehat di antara satu degupan ke degupan yang seterusnya.

Sebab mengapa unit mmHg digunakan adalah kerana merkuri telah digunakan di dalam tolok tekanan pertama yang memberikan bacaan yang tepat, dan sudah dicipta bertahun-tahun dahulu.

Kategori Tekanan Darah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tekanan darah normal adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Apa-apa perubahan besar kepada jumlah ini boleh menjadi tanda hipertensi atau bahkan hipotensi, yang bertentangan dengan hipertensi (tekanan darah rendah). Ia adalah penting untuk mempunyai tekanan darah anda diambil secara konsisten. Sesetengah pakar mencadangkan agar ia diperiksa setiap 3 hingga 6 bulan; Jika tekanan darah anda lebih tinggi daripada biasa, periksa setiap bulan, jika boleh.

Pertimbangkan jadual berikut yang disesuaikan dari Persatuan Jantung Amerika:

Tekanan Darah Meningkat merupakan peringkat sederhana yang datang dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan hipertensi. Pada tahap ini, anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda atau mendapatkan cadangan perubatan bagi mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko mendapat hipertensi.

Hipertensi Tahap 1 ini boleh membawa anda lebih dekat kepada hipertensi. Sementara ianya dipanggil hipertensi tahap 1, diagnosis hipertensi sebenar adalah berdasarkan purata bacaan tekanan darah dalam tempoh tertentu. Hipertensi Tahap 2 berlaku apabila anda mempunyai hipertensi sebenar dengan bacaan melebihi 140/90 mmHg. Disebabkan terdapat risiko yang lebih tinggi untuk anda mendapatkan/mempunyai penyakit berkaitan jantung, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat darah tinggi bagi meletakkan tekanan darah di bawah kawalan. Perubahan gaya hidup juga diperlukan pada tahap ini bagi mengekalkan tekanan darah pada tahah normal.

Tahap hipertensi diatas itu sendiri merupakan kondisi yang serius. Oleh itu, jika bacaan tekanan darah anda melebihi 140/90 mmHg, keadaan ini dipanggil krisis hipertensi. Sekiranya anda mendapati diri anda (atau insan yang anda sayangi) mengalami gejala bantuan perubatan dengan segera.

Setiap individu adalah berbeza, dan orang tersayang disekeliling anda mempunyai keperluan penjagaan yang unik. Mendapatkan penjaga profesional untuk mereka bukan sahaja menggalakkan interaksi; malahan ianya boleh memberi mereka sokongan emosi yang diperlukan.

Baca juga:-

Memantau di Rumah

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, anda boleh mempertimbangkan pilihan untuk membeli peranti perubatan bagi membaca tekanan darah di rumah. Walaubagimanapun, sebelum anda mencari peranti ini di Shopee atau Lazada dengan teruja sekali, anda perlu mengambil kira beberapa poin penting di bawah:

  1. Dapatkan peranti yang diperakui secara klinikal yang mudah digunakan
  2. Sebagai alternatif, dapatkan cadangan daripada doktor berkenaan pilihan peranti yang lebih ideal untuk dibeli
  3. Pertimbangkan ciri-ciri peranti seperti saiz, paparan serta kos keseluruhan
  4. Beli daripada farmasi atau kedai perubatan bagi memudahkan anda melihat peranti dengan sendiri selain boleh meminta nasihat serta cadangan daripada staf di situ
  5. Sebelum menggunakannya, minta tolong doktor untuk mengesahkan ketepatan bacaan dan membantu anda dengan aspek-aspek lain yang mungkin tidak anda ketahui

Anda disarankan untuk membeli peranti tekanan darah automatik dengan bacaan digital. Monitor automatik ini akan memudahkan proses mengukur dan memastikan anda mendapat bacaan yang tepat dengan usaha minima. Monitor ini datang dengan manset lengan. Anda perlu memastikan manset ini dibalutkan dengan rapi disekeliling lengan bagi mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat.

Anda juga boleh membeli monitor pergelangan tangan, tetapi, secara umumnya, monitor dengan manset adalah disyorkan kerana bacaannya yang lebih tepat. Anda juga boleh berunding dengan doktor untuk mendapatkan cadangan beliau. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke laman web validateBP bagi mendapatkan monitor tekanan darah yang diiktiraf dan memenuhi kriteria American Medical Association.

Selain memudahkan, memeriksa tekanan darah secara berkala di rumah juga membantu penjaga profesional anda gambaran penuh mengenai tekanan darah harian anda dan bagaimana gaya hidup anda mempengaruhinya. Dengan kewujudan pandemik COVID-19, anda disarankan untuk duduk di rumah dan kekal berhubung dengan doktor anda melalui telefon atau panggilan video, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan mereka secara bersemuka.

Sebab tambahan untuk memeriksa tekanan darah anda di rumah adalah disebabkan oleh fenomena yang dipanggil "kesan kot putih." Mengikut kesan ini, tekanan mengambil tekanan darah anda di klinik atau hospital sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah anda, yang kemudiannya membawa kepada bacaan yang tidak tepat. Anda mungkin mempunyai kebimbangan apabila mendapat pemeriksaan perubatan, dan itu secara tidak sengaja akan membawa kepada peningkatan ringkas dalam tekanan darah anda.

Kesan ini juga boleh berlaku di dalam situasi yang lain, terutamanya di saat anda berasa tertekan. 

Memantau tekanan darah di rumah juga memberikan anda peluang untuk mengawal hidup anda. Dengan melihat bacaan anda secara langsung dan bagaimana anda memastikan tekanan darah anda sentiasa terkawal, anda akan merasa bangga kerana berjaya mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Anda juga mungkin akan berasa lebih bermotivasi untuk melakukan lebih banyak perkara bermanfaat bagi meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah ataupun hipotensi merupakan kondisi yang bertentangan dengan hipertensi: tekanan darah anda lebih rendah berbanding bacaan normal. Secara umumnya, keadaan ini boleh didefinisikan dengan bacaan 90/60 mmHg. Sama seperti hipertensi, hipotensi boleh menjadi petanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

Jika anda mempunyai hipotensi, anda juga berkemungkinan mendapatkan gejala-gejala di bawah:

  • Pening kepala
  • Penglihatan yang kabur
  • Loya, keletihan
  • Tidak fokus
  • Pengsan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan darah rendah:

  • Dehidrasi
  • Masalah jantung (kadar degupan jantung yang tidak sekata)
  • Penurunan jumlah darah (berpunca daripada kehilangan darah)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Kehamilan
  • Tekanan emosi yang ketara

Pastikan anda memeriksa bacaan anda dan mengambil bacaan ulangan untuk mengesahkan ketepatan bacaan. Bacaan yang lebih rendah tidaklah perlu menjadi punca kerisauan. Namun begitu, jika bacaan anda adalah konsisten di bawah 90/60 mmHg, dan anda turut mengalami gejala hipotensi hubungi doktor anda bagi mendapatkan pemeriksaan segera. Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan yang diketahui mampu menyebabkan penurunan tekanan darah, beritahu doktor yang merawat anda (secara idealnya, anda perlu memberitahu perkara ini pada peringkat awal lagi).

Perkara yang Patut & Tidak Patut dilakukan semasa Pemantauan

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diingatkan sebelum, semasa dan selepas mengambil tekanan darah:

  • Elakkan merokok,meminum alkohol, mengambil ubat atau melakukan aktiviti fizikal yang berat 30 minit sebelum anda mengambil bacaan tekanan darah. Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat.
  • Pastikan pundi kencing anda sudah dikosongkan sebelum anda mula mengambil tekanan darah.
  • Cuba ukur tekanan darah anda pada masa yang konsisten sepanjang haribagi mendapatkan bacaan yang konsisten.
  • Letakkan manset lengan disekeiling lengan tanpa apa-apa pelapik (lengan baju).
  • Duduk dengan tegak dan pastikan belakang anda disokong dengan baik, kaki anda jejak ke lantai dan lengan anda berada pada paras jantung.
  • Jangan ambil bacaan dengan segera. Tetapkan 5 minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum anda memulakan pemeriksaan.
  • Elakkan bercakap atau berjalan-jalan semasa mengambil bacaan. Tarik nafas dan lepaskan secara perlahan-lahan pada selingan masa yang tetap.
  • Ambil bacaan ulangan selepas satu hingga selang tiga minit.
  • Tuliskan bacaan di dalam jurnal; pastikan anda turut merekodkan masa bacaan diambil.
  • Bawa jurnal anda apabila anda berjumpa doktor; begitu juga dengan monitor tekanan darah bagi semakan berkala untuk mengesahkan ketepatan bacaan yang diambil.

Menguruskan Tekanan Darah

Anda perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi memastikan tekanan darah anda dan orang yang anda sayang adalah terkawal. Senaman berkala, diet yang sihat dan seimbang, berhenti daripada merokok serta mengurangkan pengambilan alkohol boleh mengekalkan tekanan darah normal dan membolehkan anda untuk hidup sihat tanpa kerisauan.

Jika anda berasa sukar untuk menguruskan tekanan darah anda dan insan tersayang, atau sekiranya anda merasakan anda memerlukan sokongan bagi mengurus akitiviti harian, anda bolehlah berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang berguna. Kumpulan sokongan juga merupakan idea yang baik untuk membantu anda mendapatkan bantuan serta panduan daripada individu-individu yang mengalami masalah sama seperti anda dan selain membolehkan anda membina perhubungan dan menyokong satu sama lain. Anda boleh juga menghubungi penasihat penjagaan serta pakar penjagaan Homage di talian 016 299 2188 untuk penjagaan peribadi, sama ada untuk diri anda sendiri atau mereka yang tersayang.

Adakah anda mencari penjaga terbaik untuk anda dan insan tersayang?

Homage menyediakan servis penjagaan profesional untuk orang yang anda sayangi pada setiap peringkat. Penjaga terlatih kami bersedia  menemani, mengasuh, menjaga insan tersayang anda pada waktu malam serta memberikan terapi di rumah untuk memastikan mereka sentiasa aktif dan tidak berasa sunyi.

Sumber: HomAge

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!