1. Selalu memperbaiki kelemahan diri.
Semua orang ada kelemahan. Namun suami yang baik ialah mereka yang selalu memperbaiki kelemahan diri. Dulu mula-mula kahwin solatnya tenggelam timbul, namun sekarang sudah cukup 5 waktu. Alhamdulillah.
2. Memberi nafkah.
Nafkah wajib ialah makan-minum, tempat tinggal, dan pakaian. Selebihnya adalah sunat yang mendatangkan pahala. Sesusah manapun seorang suami, apabila dia tetap memberi nafkah wajib, itu tanda dia seorang suami yang baik. Dia tidak mengeluh, dia terus berkorban demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
3. Menasihati dan menegur kesilapan isteri.
Apabila suami menegur kesilapan isteri, itu tanda dia seorang yang takutkan Allah. Dia tidak mahu isterinya dimurkai Allah kelak, dia ingin membawa isterinya ke Syurga. Seharusnya isteri tidak berkecil hati sekiranya suami menegur kesilapannya tambahan pula jika kesilapan tersebut yang bersangkut paut dengan hukum-hakam agama.
Suami yang baik adalah suami yang boleh memimpin, menasihati dan menegur kesilapan isteri. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa’, ayat 34; “kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita…”.
4. Menjaga rahsia.
Suami yang soleh ialah seorang yang pandai menjaga rahsia. Ini adalah perkara penting kerana, sudah banyak rumahtangga yang hancur akibat perkara-perkara yang aib dan rahsia dibincangkan dengan orang lain yang tidak mendatangkan kebaikan. Terdapat juga suami yang suka membuka aib isterinya dengan kawan-kawan di tempat kerja. Mungkin untuk berjenaka, namun perkara itu tidak dituntut dalam agama.
5. Seorang yang tenang dan pemaaf.
Suami soleh bersikap tenang dalam memimpin kehidupan berumahtangga. Jika berlaku konflik atau salah faham, dia cuba rasional dan berfikiran positif, dan dia mengikut sifat Allah yang Maha Pemaaf, itu tanda dia seorang yang soleh.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.