Ucaplah syukur...

Ucaplah syukur untuk setiap kegembiraan.
Kerana disitu Allah hadirkan kebahagiaan.

Ucaplah syukur untuk setiap penderitaan.
Kerana disitu Allah hadirkan kesabaran.

Minta dari Allah ketenangan hati dan kedamaian jiwa, baik disaat hati sedang bahagia mahupun duka.

Kerana hanya hati yang tenang mampu tersenyum menyambut suka mahupun duka yang berkunjung tiba.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..
Bimbinglah kami insan yang lemah ini, terangilah hati kami yang kelam dengan iman dan hidayah-Mu, lindungilah, kasihilah, bahagiakanlah kami semua di dunia dan diakhirat nanti.

Serta permudahkanlah setiap urusan langkah kami  di dunia ini dan jadikanlah kami insan yang baik sesuai dengan kehendak-Mu.

Aamiin 

Ai Team Subscribers: Ogos 19 2023

[ channel - subscriber - date joined]

ALIEFF IRFAN - 5.03m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.26m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 473k - 19/04/2014
AI ENTERTAINMENT  - 308k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 195k - 17/01/2023
AI GARAGE - 219k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 721k - 01/01/2020 
  2. Aniq - 693k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 666k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 543k - 18/12/2021
  5. Laming - 479k - 26/01/2019
  6. Sulong - 467k - 30/12/2021
  7. Fiera - 457k - 25/08/2022
  8. Aiman Noah - 455k - 22/12/2021
  9. Mimi - 447k - 07/06/2022
  10. Afiq Jefri - 368k - 28/03/2020
  11. Isya - 298k - 24/01/2023
  12. Kekanda- 224k - 09/03/2023
  13. Fatin Razali - 147k - 12/04/2023
  14. Syahmie - 128k - 16/03/2023
  15. Areesa - 124k - 09/03/2023
  16. Manis - 119k - 09/03/2023
  17. Nazrul- 116k - 31/10/2017
  18. Faridah - 113k - 09/03/2023
  19. Pieya - 97.4k - 09/03/2023
  20. Nisa  - 95.3k- 11/04/2023
  21. Madkhan - 94.3k - 28/04/2023
  22. Ayra - 87k - 09/03/2023
  23. Atiqah - 79.8k - 09/03/2023
  24. Hafiz Hakim - 59.7k - 16/03/2023
  25. Emny Emyra - 56.6k - 29/04/2023
  26. Adam Nazri - 55k - 09/05/2023
  27. Lukman Musa - 52k - 15/06/2023
  28. Paih Geram - 40.9k - 16/03/2023
  29. Aufar - 40.9k - 02/05/2023
  30. Safwan - 36.2k - 28/04/2023
  31. Yana - 21.2k - 15/06/2023
***
Alam Alisya Channel - 245k - 13/12/2019
JR Family - 147k - 04/02/2023
Fatiya Rafi - 60.9k - 09/07/2023

Update _ 08/19/2023

KOLEKSI RESEPI AGAR-AGAR YANG MUDAH, MENARIK & SEDAP.

KOLEKSI RESEPI AGAR-AGAR

1.AGAR-AGAR KOKTAIL

resepi agar-agar

Masa:

Penyediaan: 5 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 15 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang makan

Bahan-Bahan:

-1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
-900 ml air
-1 tin koktel buah-buahan
-1 tin susu cair
-1 1/2 cawan gula pasir
-1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

1-Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
2-Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-3-buahan koktel berserta airnya sekali.
3-Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
4-Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap.

Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

2.AGAR-AGAR LUMUT

resepi agar-agar

-30 gram agar-agar tali
-2 biji telur
-1 kotak kecik santan kara
-1 cawan rata gula
-5 helai daun pandan yang diblend dengan 1 cawan air
-2 cawan air
1 sudu kecik pewarna hijau

Masak agar-agar dengan 2 cawan air hingga larut.. Blend telur bersama santan ketepikan. Masukkan air daun pandan masukkan gula.. Kacau hgga gula larut.. masuk perwarna hijau.

Masukkan santan yang diblend perlahankan api. Tunggu hingga menggelegak naik kepala santan kacau dan tutup api. Tuang dalam loyang yang dibasahkan masa masih panas. Biarkan keras sikit baru masukkan dalam peti ais.

3.AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

resepi agar-agar

-2 paket panjang agar-agar tali
-1/2 cawan gula merah dimasak bersama 1/2 cawan air ketepikan
-1 kotak kecik santan
-1 biji telur
-2 cawan air
-3 sudu mkn gula putih

Masak air 2 cawan bersama agar-agar hingga larut. Blend santan bersama 1biji telur ketepikan. Masuk air gula merah dan gula putih tadi kacau hingga mggelegak..

Masuk santan yang diblend tadi dan perlahankan api sambil dikacau hingga santan tadi naik kepala.

Tutup api tuang ke dalam loyang yang dah dibasahkan. Biar hingga keras sikit baru disimpan dalam peti ais.

4.AGAR-AGAR LAPIS MILO

resepi agar-agar

Bahan – bahan :

-1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
-6 cawan atau 1200ml air
-1 tin susu cair
-1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
-1/3 cawan serbuk milo
-2 sudu besar serbuk koko
-1/2 sudu teh garam halus
-2 helai daun pandan

Cara Membuat :-

1.Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.

2.Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.

3.Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.

4.Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati.

5.Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.

6.Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais. Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan

5.AGAR-AGAR BANDUNG CINCAU

resepi agar-agar

-agar-agar tali

-Sebungkus agar-agar sukatan airnya guna plastik pembungkus agar-agar tu..sebungkus penuh airnya.. Didihkan sampai agar-agar hancur.. Masukkan pekatan sirap tawar..didihkan.

-Kecilkan api..masukkan susu pekat SAJI satu tin@secukup rasa manis. Saya tak guna pun susu cair.. Sama je rasanya guna susu cair@tak guna.

-Tutup api..biarkan suam masukkan cincau yang telah dipotong-dipotong halus ke dalam agar-agar..tuang ke dalam bekas acuan. Atau masukkan cincau ke dalam bekas acuan.. tuang agar-agar ke dalam acuan. Kalau cincau takda kat rumah boleh saja gantikan dengan biskut oreo atau apa-apa makanan yang warna hitam macam cincau..

p/s : kalau nak rasa lebib sedap..boleh masukkan satu tin aiscream soda semasa agar-agar masih cair dengan syarat kurangkan sukatan air mengikut sukatan aiscream soda.

6.AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

resepi agar-agar

Bahan-bahan:

1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo – patahkan tapi biar 2 lapis

Cara-cara:

1- Masak agar agar dan air hingga larut.
2- Masuk gula dan masak hingga gula larut.
3- Masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
4- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
5- Tuang 1 cawan campuran miloke dalam acuan, panaskan campuran milo yang setengah lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
6- Bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih tadi , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
7- Tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dalam peti sejuk..

7.AGAR-AGAR BUAH NAGA

resepi agar-agar

Ramuan:

-800ml air
-10g serbuk agar-agar
-100ml air tambahan
-¾ cawan isi buah naga merah, dilenyekkan
-1 sudu besar jus limau
-250g gula perang

Cara:

1. Lenyekkan isi buah naga dan biarkan. Anda juga boleh menggunakan mesin pengisar elektrik.
2. Campurkan gula perang dengan 800ml air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Campurkan serbuk agar-agar dengan 100ml air dan tuang ke dalam sirap mendidih. Biarkan mendidih selama 1 minit lagi, sambil mengacau.
4. Campurkan isi buah naga, jus limau dan gula tambahan jika perlu.
5. Tuangkan campuran ke dalam acuan, biarkan menyejuk dan letakkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang.

8.AGAR-AGAR AISKRIM SODA

resepi agar-agar

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara-cara :

1.Didihkan air. Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru. Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Didihkan dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau. Apabila dah ada tanda nak mendidih, tutupkan api. Agar-agar dibahagi 2,

2.Satu bahagian di tambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair. Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati. Boleh di tuang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

3.Sejukkan. Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau dipotong-potong.

9.RESEPI AGAR-AGAR NENAS

resepi agar-agar

Bahan-bahannya : 7 biji agar-agar (bergantung pada size acuan)
● 4gm agar-agar strip @ tali – basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
● 600ml air
● 150gm isi nenas segar jenis manis – potong cube kecil
● 70gm gula – ikut manis
● secubit garam

Cara-caranya :

1. Tuang 600ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut,

2. Masukkan isi nenas, gula dan garam, didihkan lagi hingga naik bau harum dan nenas secukup masak, basuh bekas acuan yang disukai terlebih dahulu kemudian tuang ke dalam acuan,

3. Bekukan dan sejukkan, hidangkan.

NM

Selit 3 Bacaan Doa Ini Ketika Masak Nasi

Dalam Islam, terdapat beberapa senarai doa memasak nasi seperti yang boleh dibaca. Antara kelebihan membaca doa yang dikongsikan di bawah adalah hubungan kekeluargaan kekal sejahtera.

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak membaca sebarang doa dan hanya membasuh kosong beras tersebut. Apa kata, selepas ini amalkan doa di bawah. Baru lebih bahagia. 

CARA MEMASAK NASI ANDA BOLEH BACA

DOA MEMASAK NASI

Cara-caranya adalah:

1. Semasa membasuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. Bila masukkan air untuk sukatan bacalah:

– Surah al-Insyirah (Alam Nasyroh) 

Menurut pesanan beberapa orang ustaz, tujuan membaca surah ini adalah untuk mengelakkan penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut.

– Surah al-Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar)

Surah al-Kauthar juga boleh dibaca adalah sebagai penerang hati, untuk menghindari daripada sebarang perkara negatif, sebagai pembuka rezeki dan boleh mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga.

– Surah al-Qadr (Inna anzalna hufi lailatil qadr)

Fadhilat membaca al-Quran juga dapat difahami melalui umum Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

3. Zikirkan Ya Kareem, Ya Raheem

Baca beberapa kali zikir di atas dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

InsyaAllah amalan ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara keluarga.

Sirap Limau 


Jika ada seorang pendosa menasihatimu...

"Jika ada seorang pendosa menasihatimu untuk menjadi lebih baik bukan bererti dia tidak sedar dirinya yang telah melakukan dosa. Dia hanya berharap kamu tidak akan merasakan penyesalan seperti yang dia telah alami"

Allah sayang kita semua.

Bila kita ingat Allah, hati kita akan tenang. Kita ingatlah Allah bila kita senang/susah, suka/duka, gembira/sedih, bahagia/kecewa, kaya/miskin, sihat/sakit, berjaya/gagal.


Allah sayang kita semua. Cintailah Allah. Selalulah dekatkan diri kita dengan Allah. Aku cinta pada Allah

Sejarah Malaysia

Dalam konteks sejarah Malaysia (سجاره مليسيا), walaupun nama "Malaysia" merupakan sebuah konsep moden yang baru diciptakan pada separuh kedua abad ke-20, Malaysia kontemporari tetap menganggap keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo, merangkumi ribuan tahun yang lalu termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya tersendiri.[1]

Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang Yunani seperti Cladius Ptolemy menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai Semenanjung Emas (kini digelar Semenanjung Malaysia) atau "Golden Khorsenese" di dalam buku Geographia yang ditulisnya pada sekitar 150 M.[2] Agama Hindu dan Buddha dari India dan China masing-masing mendominasi sejarah awal negara ini dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya yang berpusat di PalembangSumateraIndonesia, yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh Sumatera sendiri, JawaIndonesiaSemenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Borneo dari abad ke-7 hingga ke-17.

Walaupun kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-10, agama tersebut mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei. Islam sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang Melayu.

Pada tahun 1511, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis yang merupakan kuasa penjajah Eropah pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kemudian, Melaka ditawan oleh Belanda pada tahun 1641. Akhirnya, British yang asalnya menubuhkan pangkalannya di JesseltonKuchingPulau Pinang dan Singapura, memperoleh hegemoni mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan Hindia Timur Belanda (yang menjadi Indonesia). Kemudian, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 pula menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan Siam (yang menjadi Thailand). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan buruh-buruh dari negara China dan India untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang dicipta oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.[3]

Pencerobohan Jepun ketika Perang Dunia Kedua mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah MelayuBorneo Utara dan Sarawak dari tahun 1942 hingga 1945 memekarkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak Pihak BerikatMalayan Union ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British. Ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), penubuhan itu disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai sebuah protektorat hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini menyebabkan pengisytiharan darurat selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat serta Rundingan Baling pada tahun 1955 membawa kepada kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dicapai secara diplomatik melalui rundingan dengan British. Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ketika itu. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman tentera gerila komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan Thailand.

Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Bagaimanapun, pada bulan Ogos 1965, Singapura telah disingkirkan daripada persekutuan dan menjadi sebuah negara merdeka yang berasingan. Konfrontasi dengan Indonesia turut berlaku pada awal 1960-an berikutan pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu Peristiwa 13 Mei membawa kepada pelaksanaan darurat, penggantungan parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) serta pembentukan Rukun Negara oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam kalangan rakyat.[4][5] Dasar Ekonomi Baru juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun 1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.[6]

Ketika pemerintahan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, berlaku pertumbuhan ekonomi dan urbanisasi yang pesat di negara ini mulai zaman 1980-an. Ekonomi berubah daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan pembuatan dan perindustrian.[7] Di bawah pemerintahan beliau, dasar ekonomi sebelumnya telah digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional (NDP) dari tahun 1991 hingga 2000.[8] Krisis kewangan Asia lewat 1990-an memberi kesan kepada negara, hampir menyebabkan pasaran mata wang, saham dan hartanah negara jatuh; namun, kemudiannya pulih.[9]

Sejak tahun 1973, gabungan Barisan Nasional telah memerintah Malaysia sehingga kekalahannya dalam pilihan raya umum Malaysia 2018 kepada gabungan Pakatan Harapan (PH).[10] Pada awal tahun 2020, Malaysia mengalami kemelut politik yang mengakibatkan kejatuhan pentadbiran PH dan pembentukan gabungan Perikatan Nasional (PN).[11] Pada tempoh yang sama, Malaysia turut dibelenggu pandemik COVID-19 yang membawa kesan kesihatan, ekonomisosial dan politik yang serius kepada negara tersebut.[12][13] Pilihan raya umum Malaysia 2022 menyaksikan situasi parlimen tergantung yang pertama dalam sejarah negara[14][15] dan Anwar Ibrahim, seorang reformis lama, menjadi perdana menteri Malaysia pada 24 November 2022 untuk memerintah kerajaan campuran.[16][17]

Prasejarah ڤراسجاره[sunting | sunting sumber]

Lukisan prasejarah di Gua Tambun, Perak
Niah Skull
Penemuan tengkorak yang dianggarkan berusia sekitar 40,000 tahun di Gua Niah di Sarawak, telah dikenal pasti sebagai bukti terawal bagi penempatan manusia di Borneo Malaysia. (foto Disember 1958)
Semenanjung Tanah Melayu, ditunjukkan dalam peta Ptolemy sebagai Semenanjung Emas

Kapak tangan batu dari hominoid awal, mungkin Homo erectus, telah digali di Lenggong. Mereka bermula sejak 1.83 juta tahun, bukti tertua kediaman hominid di Asia Tenggara.[18][19] Bukti terawal kediaman manusia moden di Malaysia ialah tengkorak berusia 40,000 tahun yang digali dari Gua Niah di Sarawak hari ini, yang digelar "Deep Skull". Ia telah digali dari parit dalam yang ditemui oleh Barbara dan Tom Harrisson (ahli etnologi British) pada 1958.[20][21][22] ini juga merupakan tengkorak manusia moden tertua di Asia Tenggara.[23] Tengkorak itu mungkin milik seorang gadis remaja berusia 16 hingga 17 tahun.[24] Penternak pertama melawat Mulut Barat Gua Niah (terletak 110 kilometer (68 mi) barat daya Miri)[21] 40,000 tahun dahulu apabila Borneo dihubungkan dengan tanah besar Asia Tenggara. Landskap di sekitar Gua Niah lebih kering dan terdedah berbanding sekarang. Pada zaman prasejarah, Gua Niah dikelilingi oleh gabungan hutan tertutup dengan belukar, taman, paya, dan sungai. Penternak dapat bertahan di hutan hujan melalui pemburuan, memancing, dan mengumpul moluska dan tumbuhan yang boleh dimakan.[24] Tapak perkuburan Mesolitik dan Neolitik juga telah ditemui di kawasan tersebut.[25] Kawasan sekitar Gua Niah telah ditetapkan sebagai Taman Negara Niah.[26]

Kajian genetik Asia menunjukkan idea bahawa manusia asal di Asia Timur berasal dari Asia Tenggara.[27] Rangka lengkap tertua yang ditemui di Malaysia ialah Orang Perak berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1991.[28] Kumpulan orang asli di semenanjung boleh dibahagikan kepada tiga etnik, NegritoSenoi, dan Melayu Proto.[29] Penduduk pertama di Semenanjung Tanah Melayu kemungkinan besar adalah orang Negrito.[30] Pemburu Mesolitik ini mungkin nenek moyang Semang, sebuah kumpulan etnik Negrito yang mempunyai sejarah panjang di Semenanjung Tanah Melayu.[31]

Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن[sunting | sunting sumber]

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu lain. Disebabkan oleh perang saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru, British mewujudkan Malayan Union. Lantas, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Lihat juga: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu/Malaya di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada 5 entiti iaitu

Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia, akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei dan Sultan Brunei diletakkan di tempat terakhir dalam penggiliran sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk sistem Raja Berperlembagaan serta isu masa depan royalti minyak asli. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah.

Pada tahun 1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan ekonomi daripada kaum Cina pimpinan mendiang Lee Kwan Yew. Dengan itu, Malaysia kekal dengan 3 entiti sahaja sehingga ke hari ini.

Pemimpinan Mahathir Mohamad[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Menara Berkembar Petronas dan daerah pusat perniagaan sekitar di Kuala Lumpur, bukti evolusi luar biasa ekonomi Malaysia di bawah peraturan 22 tahun Mahathir bin Mohamad.

Rujukan رجوكن[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sari: Jurnal Institut Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Volumes 5-10
  2. ^ Wheatly, P. (1958). Imago Mvndi. Stockholm: Brill Archive. m/s. 71.
  3. ^ Annual Report on the Federation of Malaya: 1951 in C.C. Chin and Karl Hack, Dialogues with Chin Peng pp. 380, 81.
  4. ^ Othman, Al-Amril; Ali, Mohd Nor Shahizan (2018-09-29). "Misinterpretation on Rumors towards Racial Conflict: A Review on the Impact of Rumors Spread during the Riot of May 13, 1969"Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication (dalam bahasa Inggeris). 34 (3). ISSN 2289-1528.
  5. ^ Esa, Mohd Sohaimi; Ationg, Romzi (2020-12-02). "Majlis Gerakan Negara (MAGERAN): Usaha Memulihkan Semula Keamanan Negara Malaysia"Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (dalam bahasa Inggeris). 5 (12): 170–178. ISSN 2504-8562.
  6. ^ Jomo, K. S. (2005). Malaysia's New Economic Policy and 'National Unity (dalam bahasa Inggeris). Palgrave Macmillan. m/s. 182–214. doi:10.1057/9780230554986_8ISBN 978-1-349-52546-1. Dicapai pada 24 September 2020.
  7. ^ Spaeth, Anthony (9 December 1996). "Bound for Glory"Time. New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2009. Dicapai pada 20 August 2011.
  8. ^ Isa, Mohd Ismail (2020-07-20). "EVOLUTION OF WATERFRONT DEVELOPMENT IN LUMUT CITY, PERAK, MALAYSIA"PLANNING MALAYSIA18 (13). doi:10.21837/pm.v18i13.778ISSN 0128-0945.
  9. ^ Ping Lee Poh; Yean Tham Siew. "Malaysia Ten Years After The Asian Financial Crisis" (PDF). Thammasat University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 April 2010. Dicapai pada 25 July 2011.
  10. ^ "Mahathir sworn in as Malaysia's 7th prime minister"Singapore Straits Times. 10 May 2018. Dicapai pada 11 May 2018.
  11. ^ Cheng, Harrison (3 March 2020). "Malaysia's new prime minister has been sworn in — but some say the political crisis is 'far from over'". CNBC. Dicapai pada 21 October 2020.
  12. ^ "Malaysia's GDP shrinks 5.6% in COVID-marred 2020"Nikkei AsiaDiarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-31. Dicapai pada 2021-08-06.
  13. ^ "Malaysia's Political Crisis Is Dooming Its COVID-19 Response"Council on Foreign Relations. Dicapai pada 2021-09-02.
  14. ^ Auto, Hermes (2022-08-22). "Umno meetings expose rift between ruling party's leaders | The Straits Times"www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-22.
  15. ^ "Malaysia elects first ever hung parliament"BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-20. Dicapai pada 2022-11-25.
  16. ^ Mayberry, Kate. "Anwar sworn in as Malaysia's PM after 25-year struggle for reform"www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-22.
  17. ^ "Anwar Ibrahim sworn in as Malaysian PM after post-election deadlock"BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-24. Dicapai pada 2023-04-22.
  18. ^ Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.
  19. ^ Department of National Heritage, Ministry of Information Communications and Culture Malaysia (Januari 2011). "Archaeological Heritage of Lenggong Valley: Nomination Dossier for Inscription on the UNESCO World Heritage List" (PDF)Jawatankuasa Warisan DuniaUNESCO. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  20. ^ "History of the Great Cave of Niah"ABC Online. Dicapai pada 6 Januari 2014. Unknown parameter |labnguage= ignored (bantuan)
  21. Panjat ke:a b "Niah National Park – Early Human settlements" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hutan Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  22. ^ "History of the Great Cave of Niah" (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2014. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  23. ^ "Niah Cave"humanorigins.si.edu (dalam bahasa Inggeris). Smithsonian National Museum of Natural History. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2013. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  24. Panjat ke:a b Faulkner, Neil (7 November 2003). Niah Cave, Sarawak, BorneoCurrent World Archaeology Issue 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2015. Dicapai pada 23 March 2015.
  25. ^ Hirst, K. Kris. "Niah Cave (Borneo, Malaysia) – Anatomically modern humans in Borneo"about.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2013. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  26. ^ "Niah National Park, Miri". Sarawak Tourism Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2015. Dicapai pada 26 December 2015.
  27. ^ "Genetic 'map' of Asia's diversity"BBC News. 11 December 2009.
  28. ^ Liz Price (17 Mac 2007). "Tracing back Malaysia's stone-age man in Lenggong"The Brunei Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2015. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  29. ^ Davies, Norman (7 Disember 2017). Beneath Another Sky: A Global Journey into History (dalam bahasa Inggeris). Penguin UK. ISBN 978-1-84614-832-3.
  30. ^ Fix, Alan G. (June 1995). "Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli". American Anthropologist. New Series. 97 (2): 313–323. doi:10.1525/aa.1995.97.2.02a00090JSTOR 681964.
  31. ^ "TED Cast Study: Taman Negara Rain Forest Park and Tourism" (dalam bahasa Inggeris). Ogos 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2010. Dicapai pada 8 Julai 2010.

Pautan luar ڤاوتن لوار[sunting | sunting sumber]



Wadah Terkini