172 Days, sebuah filem Islam Indonesia menyayat hati
Berderai airmata setelah tamatnya menonton 172 Days arahan Hadrah Daeng Ratu di pawagam Cathay semalam.
Kisah yang berdasarkan hubungan cinta penulis novel 172 Days, Nadzira Shafa begitu menyentuh jiwa dan sedih, pasti menjadi sebuah filem yang ingin ditonton ramai peminat filem cinta.
Min menonton filem ini tanpa menonton video acah (trailer), jadi Min memang betul-betul tak tahu cerita ini apa. Ia membuat pengalaman menonton lebih mengasyikkan kerana asyik coba menebak apakah inti filem ini.
Sudut kamera menarik
Permulaannya agak mendadak tapi kena.
Takde nak buang masa backstory, terus kenalkan dua watak yang beza darjatnya.
Nadzira Shafa (dimainkan oleh Yasmin Napper) seorang wanita yang suka ke kelab malam manakala watak Ustaz Amer Azzikra (Bryan Domani) seorang imam di sebuah masjid diperkenalkan.
Mereka berdua seolah-olah mempunyai gerakan badan yang sama, cuma di tempat yang berbeza. Nadzira di kelab malam, Amer di masjid. Suka sangat cara mereka menonjolkan perbezaan dua watak ini di babak permulaan dengan menggunakan trik kamera/camera angle dengan bijak!
Terus hijrah
Malang menimpa Nadzira dan terus dia ingin pulang ke pangkal jalan. Siap pakai tudung!
Kakaknya (Bella dimainkan oleh Adhitya Putri) ingin membantu Nadzira dalam proses penghijrahan.
Mereka pun ke kelas di masjid. Tup tup… tersuka ustaz HERLOK yang beri ceramah!
Cinta mula berputik
Nadzira dan Ustaz Amer saling ikuti satu sama lain di Instagram dan mula berPM tepi.
Tau-tau, ustaz pun nak berta’aruf. Mereka pun nikah.
Cinta cara Islam
Setelah halal, barulah mereka berdua mula saling mengenali.
Kononnya sweetlah tapi tbh, agak cringe dan mungkin ini adalah mimpi basah setiap orang warak?
Malam pertama disuruh panggil “abang/adik”. Amer sanggup gendong Nadzira sebab kaki Nadzira sakit. Manja betul.
So memanglah ni adegan ideal buat lelaki/wanita terpaling Islam gitu.
Jadi…Apa jalan ceritanya?
Di sinilah mula saya bertanya pada diri saya.
Apakah jalan cerita ini?
Mereka sudah bernikah. Apa seterusnya?
Adakah mereka akan ada masalah untuk dapatkan anak? Adakah mereka akan mengambil anak angkat? Mungkinkah Amer akan berpoligami? Benarkah Nadzira sudah berhijrah sepenuhnya? Betul ke Amer ni suami yang baik? Adakah keluarga Amer akan menerima Nadzira seadanya?
Persoalan ini semua timbul di fikiran. Lagi-lagi saya tak tonton trailer, so memang tak tahu lah!
Jalan cerita akhirnya didedah
Secara perlahan, setelah memberi pelbagai teaser, barulah jalan cerita sebenar 172 Days ini mula berkembang.
Amer jatuh sakit. Meskipun begitu, beliau masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Beli rumah, bahagiakan isteri, bahagiakan keluarga isteri, menjadi imam. Itu semua tidak terputus.
Perhubungan mereka berdua semakin rapat. Perubahan Nadzira semakin ketara. Seolah-olah Nadzira tidak akan dapat hidup tanpa suami di sisi.
Malangnya, Amer meninggal dunia.
Adoi part ni la airmata mula mengalir tanpa henti. Tambah pulak lagu OST berjudul Rakit tu… Urgh!
Korang pasti akan nangis lagi bila mereka tunjuk klip video yang asli… sebabkan ni based on true story. Adoi…
Secara keseluruhan, ia sebuah filem yang amat baik. Tak terlalu melodramatik, tak terlalu Islam. Bak kata orang Indonesia, pas!
Unsur dakwahnya cukup, unsur cintanya pun cukup. Terselit juga sedikit jenaka.
Yang musykilnya, lakonan dua watak ni amat real sekali. Mereka berpelukan, cium-cium dahi. Fikir diorang off-screen pun laki bini. Ternyata tidak. Astagha.
Min bagi filem ni 5 bintanglah sebab menyentuh jiwa sangat. Lakonan mereka pun boleh diterima walaupun ada babak cringe. Lurve dengan build up cite ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.