Bokor

Bokor

Perkataan ini mungkin sudah jarang diguna pakai disebabkan tiada lagi generasi kita yang memakan sirih. Perkataan bokor diguna pakai bagi menamakan bekas seakan-akan pinggan tetapi lebih dalam dan mungkum sifatnya.

Bagi menunjukkan contoh penggunaan, DBP memetik sepotong ayat daripada Hikayat Caya Langkara di halaman 24.

"Maka bonda Caya Langkara pun keluarlah membawa sirih di dalam bokor emas," catat hikayat tersebut.

Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan