Segara

Segara

Jangan tersilap baca, perkataan klasik ini ialah 'segara' dan bukannya 'segera'. Perkataan segara membawa maksud lautan. Dalam sastera Melayu, penggunaan segara boleh didapati pada Syair Siti Zubaidah Perang Cina di halaman 14.

Keraninya turunlah segera,

Sampai ke wangkang di tengah segara,

Ke hadapan cincu ia pun mara,

Ditegur cincu tersera-sera.

Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan