Hari ini dia dapat A-


Murid ini waktu tingkatan 4, hampir dibuang kerana sangat kerap ponteng, atas usaha GPK Hem dan kaunselor, dia datang semula ke sekolah. Seorang murid baik dan lurus, tiada masalah disiplin, cuma kerap tidak hadir ke sekolah. Mungkin dunia persekolahan tidak mesra padanya, bidang akademik yang penuh persaingan dan perbandingan mungkin menyebabkan dia menjauh disebabkan kelemahannya untuk memahami dan mengingat.


Tapi dia suka menyanyi. Aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Kami tak menang, tapi dia mula suka ke sekolah, mungkin sebab rasa dihargai. Mungkin itu juga menjadi antara memori terbaiknya di alam persekolahan.


Dalam subjek landskap yang aku ajar, dia tak pernah lulus pun peperiksaan, tapi dia rajin dan ringan tulang menyiapkan tugasan. Walaupun tidak sempurna, tetapi dia berusaha. Aku tak marah pun sebab aku tau kelemahannya, dan kadang-kala bila dia ditinggalkan bas selepas tuisyen petang, waktu aku hantar pulang, sempat juga aku titip kata-kata.


Hari ini dia dapat A-.

Tapi aku tak dapat jumpa dia

untuk ucap tahniah.

Dia dah pergi isnin lepas

kerana jangkitan kuman selepas pembedahan apendiks.


Awak tak banyak dosa

nanti tolong saya

kalau saya di sebelah satu lagi

pinta pada Tuhan

supaya saya diampunkan...


Fb : muslim ismail


 Kini Viral 

Catat Ulasan

0 Ulasan