Sedih? Kecewa? Gembira?
Sakit Tulang Punggung: Punca Dan Rawatan
Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda?
Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan, kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut.
Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yang menjalar dari punggung hingga ke betis.
Jika anda mengalami sakit di bahagian tulang punggung, anda mungkin mengalami Piriformis Syndrome.
Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang sakit tulang punggung dan cara untuk anda atasinya.
Definisi Sakit Tulang Punggung
Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul.
Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis.
Saraf sciatic adalah saraf yang besar terletak di bahagian bawah punggung hingga ke kaki anda.
Otot piriformis pula berada dari bahagian tulang belakang hingga ke atas tulang paha.
Otot ini bertanggungjawab ke atas pergerakan pinggul dan kaki.
Apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic boleh tertekan dan akan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana bahagian dari pinggul ke kaki.
Walaupun keadaan ini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tetapi kajian mendapati PS lebih banyak didapati dalam kalangan wanita dengan nisbah 6:1 berbanding lelaki.
Hal ini kerana tulang pinggul dan otot wanita yang lebih besar dan luas.
Bagaimana Sakit Tulang Punggung Berlaku
Sakit tulang punggung boleh berlaku kerana pelbagai penyebab, antaranya:
Faktor Umur

Semakin usia meningkat, anda akan lebih berisiko mengalami sakit pada tulang punggung.
Golongan usia yang sering didapati menghadapi kondisi ini adalah 30-60 tahun.
Peningkatan risiko ini dipengaruhi oleh penuaan yang menyebabkan jisim otot berkurang, cecair dalam sendi tulang belakang menipis dan ketumpatan tulang berkurang.
Masalah Tulang Atau Sendi
Masalah dengan tulang dan/atau sendi di bahagian belakang seperti arthritis atau osteoporosis boleh menyumbang kepada penyak.
Selain daripada arthritis, osteoarthritis (OA) adalah keradangan sendi yang biasanya menyebabkan sakit tulang punggung.
Gejala OA menyebabkan hujung tulang bergesel antara satu sama lain, menyebabkan sakit, bengkak dan kekakuan.
Gaya Hidup
Hampir sebahagian besar penyebab sakit tulang punggung adalah disebabkan postur tubuh yang kurang baik.
Postur tubuh yang cenderung membongkok boleh menyebabkan otot-otot punggung meregang.
Regangan otot-otot ini adalah kerana harus bekerja lebih keras untuk menstabilkan posisi tulang belakang.
Selain itu, berat badan berlebihan juga mampu menyebabkan sakit di bahagian tersebut kerana perlu menampung berat badan anda.
Cedera
Cedera juga boleh menyebabkan sakit pada tulang punggung, biasanya disebabkan postur yang tidak tepat semasa melakukan aktiviti.
Contoh cedera semasa bersukan atau jika anda sering mengangkat benda berat dengan postur tidak tepat yang boleh menyebabkan otot dan ligamen koyak.
Simptom Sakit Tulang Punggung
Antara simptom sakit tulang punggung adalah:
- Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki
- Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang
- Sakit seperti kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki
- Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat
Cara Atasi Sakit Tulang Punggung
Amalkan Gaya Hidup Aktif

Biasanya orang yang sakit tulang punggung akan baring atau berehat sehingga sakit berkurang.
Tetapi, salah satu cara untuk mempercepatkan waktu sembuh adalah dengan kekal aktif atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan.
Cumanya, anda perlu elakkan aktiviti lasak terutama yang boleh membebankan punggung.
Posisi Tidur Yang Betul
Kedudukan tidur juga boleh membantu kita untuk mengatasi sakit belakang.
Kedudukan tidur tertentu boleh mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.
Contohnya, jika seseorang yang sakit tulang punggung sudah biasa tidur telentang, cuba letakkan bantal di bawah lutut.
Rawatan Fisioterapi

Rawatan fisioterapi juga berkesan kerana ahli fisioterapi akan mengajar cara regangan yang boleh mengatasi sakit punggung.
Ahli fisioterapi juga akan membantu kita dengan latihan yang boleh memperbaiki keseimbangan tubuh yang mungkin penyebab kepada sakit ini.
Terdapat juga rawatan lain yang mungkin dinasihatkan oleh ahli terapi fisioterapi berdasarkan punca dan keparahan sakit yang anda alami.
https://belogsjm.blogspot.com/2025/01/sakit-dari-punggung-ke-kaki.html
Sakit dari punggung ke kaki
𝗠𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕
Resepi kek marble ukuran cawan
Petua Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut.
Important Shortcuts Keys For Computer
Ilmu mudah lipat sejadah, rupa-rupanya ramai tak sedar selama ini mereka salah lipat!
Boleh dikatakan ramai antara kita yang tak pernah ambil tahu cara lipatan sejadah. Kebanyakannya hanya gantung terus selepas solat. Sebenarnya, mana-mana cara pun okay, cumanya kita takut sejadah tu jadi kotor. Kadang-kadang kotoran atas sejadah ni kita tak nampak. Terutama sekali sejadah berwarna hitam atau gelap. Tau-tau je muka dah naik gatal-gatal.

Mungkin anda fikir, asalkan kemas dan teratur semuanya okay. Saya pun pada mulanya macam tu juga. Tapi, anda silap! Kalau salah cara, sejadah anda akan cepat kotor & kadang-kadang anda tak perasan sejadah anda dah penuh kuman dan debu. Kuman dan debu ni lah yang kita nak elakkan dari ada di sejadah harian kita.

Kalau anda ada banyak sejadah di rumah, bolehlah bersihkan selalu. Tapi kalau tiada, macam mana? Anda kena ingat, Islam juga menitik beratkan kebersihan. Apatah lagi dalam item yang kita guna untuk solat hari-hari. Kita mesti extra careful dalam penjagaan item-item ini. Jom kita belajar sama-sama macam mana sebenarnya nak lipat sejadah dengan betul tanpa mengotorkan mana-mana bahagian sejadah.

Umum tahu, ada dua bahagian atas sejadah tu, bahagian atas adalah bahgaian kita sujud, bahagian bawah adalah bahagian kita berdiri. Cara yang betul lipat sejadah adalah, dalam posisi sejadah selepas kita solat tu, lipat bahagian atas dengan bahagian atas. Maksudnya, bahagian kita sujud tu, dari corner kiri rapatkan dengan corner kanan. Automatik bahagian kaki kiri kena dengan bahagian kaki kanan.

Dengan cara ini, tak adalah kotoran di kaki kita terkena bahagian kita sujud tu. Lepas dah lipat dua memanjang macam tu, boleh lipat dua macam biasa dan jika anda ada penyidai khas untuk telekung dan sejadah boleh terus sangkut di penyidai. Kalau anda solat di masjid, surau atau office, boleh sambung lipat sehingga jadi petak dan mudah untuk simpan semula.

Tak susah kan nak lipat sejadah? Cuma kena rajin dan tahu cara je! Kalau anda selalu kibas-kibas dulu sejadah sebelum lipat, kena sapu terus selepas lipat okay? Bolehlah share cara-cara lipat sejadah ni kepada keluarga dan kawan-kawan anda supaya semua orang boleh solat dalam keadaan yang dijamin 100% bersih dari kuman dan debu. Muka pun boleh stay jadi flawless, solat pun in sha allah sah.
Abang Doraemon Hiburkan Kanak-kanak Untuk Lepas Rindu Pada Anak Yang Sudah Meninggal
Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia pastinya mempunyai kisah hidup mereka tersendiri, tentu ada suka dan duka.
Kebanyakan orang akan memilih untuk memendam kisah pahit kehidupan dan hanya meluahkannya kepada keluarga mahupun kenalan rapat sahaja.
Jika anda melihat seseorang itu ceria dan gembira seolah-olah tiada masalah, boleh jadi individu tersebut turut mempunyai kisah duka dalam hidupnya.
Lelaki pakai maskot Doraemon rupanya ada kisah duka
Seperti baru-baru ini, siapa sangka seorang lelaki yang memakai maskot Doraemon sering menghiburkan kanak-kanak di sekitar Pantai Robina, Pulau Pinang ternyata menyimpan kisah hidup yang duka.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mizalgadgethq, lelaki yang digelar sebagai ‘Abang Doraemon’ itu pada awalnya diberi pilihan sama ada ingin wang tunai RM20 atau sebuah AirPods dengan syarat harus memberi kata-kata semangat atau nasihat.
Lelaki itu kemudiannya memilih AirPod dan memberi kata-kata yang penuh makna ‘mendalam’ yang menjadi penyebab dia berkongsi kisah hidupnya.
Jadi Doraemon sebab nak lepas rindu pada anak yang sudah meninggal dunia
Menurutnya, dia memakai maskot sedemikian dan mencari rezeki dengan menghiburkan kanak-kanak di sekitar pantai terbabit kerana ingin melepaskan rindu terhadap anak lelakinya yang sudah meninggal dunia.
“Bila saya rindu anak saya, saya boleh peluk anak orang, kalau saya pakai macam ini saya boleh peluk anak orang, kalau saya pakai baju biasa mungkin orang tak bagi dan mungkin orang marah dekat saya sebab peluk anak orang.
“Jadi bila saya rindu anak saya, saya buatlah macam ini supaya saya rasa lebih tenang,” katanya.
Abang Doraemon kongsi rezeki dengan sekolah tahfiz
Menurutnya lagi, rezeki yang diperolehi hasil daripada menghiburkan kanak-kanak dengan memakai maskot kartun itu juga dikongsikannya bersama beberapa sekolah tahfiz yang ada di sekitar kawasan berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya diberikan AirPod berserta tambahan wang tunai RM20 daripada kedai yang menjual gajet-gajet terbabit.
Netizen sebak, kalau boleh nak jumpa dan peluk Abang Doraemon
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak mendengar kisah yang dikongsikan oleh Abang Doraemon itu.
Penduduk di sekitar kawasan itu juga yang sering melihat lelaki berkenaan menyatakan mereka tidak menyangka individu yang sering dilihat ceria menghiburkan kanak-kanak itu rupanya menyimpan sebuah kisah duka.
Tidak kurang juga netizen yang ingin bertemu dengan Abang Doraemon untuk memberi semangat dan pelukan.




WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT
Lirik lagu Untuk Semua Jiwa - Hun Haqeem ft Noki (OST Filem Soloz Game Of Life)
Lirik lagu Untuk Semua Jiwa - Hun Haqeem ft Noki (OST Filem Soloz Game Of Life)
I wanna be a hero
Untuk semua jiwa
Biar mereka tahu ku yang juara
Arena pertama
Di pentas dunia
Bermula langkah
Menjadi lagenda
Sentuhan magika
Mata memeka
Setiap gerak
Memeta juara
Fakta jangan hirau dengan kata kata yang tak membinaaa
Buktikan dengan hasil ikut cara cara kitaa
Sejujurnya aku Tak kesah seberapa pun penatnya
Jadi buat barang sampai mereka tak menafikannya
Semangat tuk maju kehadapan
Kekalahan jadi kekuatan
Pengalaman jadi pengajaran
So sampai masa
I wanna be a hero
Untuk semua jiwa
Dan tak mudah diriku mengaku kalah
I wanna be a hero
Ku bukti kau salah
Biar mereka tahu ku yang juara
Kadang kadang kalah dan ku terus bangkit
Rencana dicipta nah tak menjadi
Sekuat mana pun wira yang dipilih
Gandingan bahu menjadi panji
Jalanan berduri rintangan berganti
Belajar kenali nah silap diri
Di kanan dan kiri sahabat semati
Slogan di hati kita sorak berapi
I wanna be a hero
Untuk semua jiwa
Dan tak mudah diriku mengaku kalah
I wanna be a hero
Ku bukti kau salah
Biar mereka tahu ku kan menjadi hero
Untuk semua jiwa
I wanna be a hero
Ku bukti kau salah
Biar mereka tahu ku yang juara
















