Januari 31, 2025

Sakit Tulang Punggung: Punca Dan Rawatan

Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda?

Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan, kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut.

Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yang menjalar dari punggung hingga ke betis.

Jika anda mengalami sakit di bahagian tulang punggung, anda mungkin mengalami Piriformis Syndrome.

Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang sakit tulang punggung dan cara untuk anda atasinya.

Definisi Sakit Tulang Punggung

Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul.

Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis.

Saraf sciatic adalah saraf yang besar terletak di bahagian bawah punggung hingga ke kaki anda.

Otot piriformis pula berada dari bahagian tulang belakang hingga ke atas tulang paha.

Otot ini bertanggungjawab ke atas pergerakan pinggul dan kaki.

Apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic boleh tertekan dan akan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana bahagian dari pinggul ke kaki.

Walaupun keadaan ini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tetapi kajian mendapati PS lebih banyak didapati dalam kalangan wanita dengan nisbah 6:1 berbanding lelaki.

Hal ini kerana tulang pinggul dan otot wanita yang lebih besar dan luas.

Bagaimana Sakit Tulang Punggung Berlaku

Sakit tulang punggung boleh berlaku kerana pelbagai penyebab, antaranya:

  1. Faktor Umur

sakit tulang punggung

Semakin usia meningkat, anda akan lebih berisiko mengalami sakit pada tulang punggung.

Golongan usia yang sering didapati menghadapi kondisi ini adalah 30-60 tahun.

Peningkatan risiko ini dipengaruhi oleh penuaan yang menyebabkan jisim otot berkurang, cecair dalam sendi tulang belakang menipis dan ketumpatan tulang berkurang.

  1. Masalah Tulang Atau Sendi

Masalah dengan tulang dan/atau sendi di bahagian belakang seperti arthritis atau osteoporosis boleh menyumbang kepada penyak.

Selain daripada arthritisosteoarthritis (OA) adalah keradangan sendi yang biasanya menyebabkan sakit tulang punggung.

Gejala OA menyebabkan hujung tulang bergesel antara satu sama lain, menyebabkan sakit, bengkak dan kekakuan.

  1. Gaya Hidup

Hampir sebahagian besar penyebab sakit tulang punggung adalah disebabkan postur tubuh yang kurang baik.

Postur tubuh yang cenderung membongkok boleh menyebabkan otot-otot punggung meregang.

Regangan otot-otot ini adalah kerana harus bekerja lebih keras untuk menstabilkan posisi tulang belakang.

Selain itu, berat badan berlebihan juga mampu menyebabkan sakit di bahagian tersebut kerana perlu menampung berat badan anda.

  1. Cedera

Cedera juga boleh menyebabkan sakit pada tulang punggung, biasanya disebabkan postur yang tidak tepat semasa melakukan aktiviti.

Contoh cedera semasa bersukan atau jika anda sering mengangkat benda berat dengan postur tidak tepat yang boleh menyebabkan otot dan ligamen koyak.

Simptom Sakit Tulang Punggung

Antara simptom sakit tulang punggung adalah:

  • Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki
  • Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang
  • Sakit seperti kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki
  • Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat

Cara Atasi Sakit Tulang Punggung

  1. Amalkan Gaya Hidup Aktif

cara atasi sakit tulang punggung

Biasanya orang yang sakit tulang punggung akan baring atau berehat sehingga sakit berkurang.

Tetapi, salah satu cara untuk mempercepatkan waktu sembuh adalah dengan kekal aktif atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan.

Cumanya, anda perlu elakkan aktiviti lasak terutama yang boleh membebankan punggung.

  1. Posisi Tidur Yang Betul

Kedudukan tidur juga boleh membantu kita untuk mengatasi sakit belakang.

Kedudukan tidur tertentu boleh mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.

Contohnya, jika seseorang yang sakit tulang punggung sudah biasa tidur telentang, cuba letakkan bantal di bawah lutut.

  1. Rawatan Fisioterapi

rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi juga berkesan kerana ahli fisioterapi akan mengajar cara regangan yang boleh mengatasi sakit punggung.

Ahli fisioterapi juga akan membantu kita dengan latihan yang boleh memperbaiki keseimbangan tubuh yang mungkin penyebab kepada sakit ini.

Terdapat juga rawatan lain yang mungkin dinasihatkan oleh ahli terapi fisioterapi berdasarkan punca dan keparahan sakit yang anda alami.

https://belogsjm.blogspot.com/2025/01/sakit-dari-punggung-ke-kaki.html

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tags